Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Adakah Kereta Anda "Bernafas" Dengan Baik? Periksa Sensor O2 Setiap 30,000 Kilometer - Bosch

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tahukah anda sensor O2 adalah komponen penting  kenderaan yang mampu membaca kadar kandungan oksigen di dalam sistem ekzos kereta dimana ia  menawarkan pemanduan yang lebih cekap dan berjalan lancar.

Ia juga dikenali sebagai sensor Lambda dimana ia sudah wujud dalam kenderaan yang dihasilkan sekitar 20 hingga 25 tahun lalu. Sejak itu, kenderaan berkenaan telah menikmati kelebihan sensor O2.


Sama seperti manusia, kenderaan juga memerlukan kadar pernafasan yang sempurna bagi menawarkan pemanduan yang baik.



Ini yang menyebabkan sensor O2 dipasang dalam kenderaan yang bertujuan untuk memantau aliran udara selain membaca kadar kandungan oksigen sebelum menghantar isyarat voltan ke Unit Kawalan Enjin dimana ia  berfungsi seolah-olah “otak kereta”.

Sebagai peraturan, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) sememangnya menasihatkan pemandu suoaya memeriksa sensor O2 mereka selepas perjalanan 30,000 kilometer.

Pemeriksaan rutin ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa sensor itu ia berfungsi dengan baik. 

Sekiranya sensor itu rosak, ia sebenarnya boleh mengurangkan prestasi sesebuah kenderaan sekali gus anda hanya membazirkan minyak selain ia meningkatkan emisi gas rumah hijau.

Sebaliknya bagaimanakah kita mahu mengenal pasti bahawa Sensor O2 itu  rosak?

Ia akan memberi petanda iaitu kenderaan menunjukkan ia kurang responsif atau daya pecutannya semakin berkurangan selain sukar menjaga kadar kelajuan.

Ia juga akan menunjukkan tanda peningkatan penggunaan minyak berikutan bahan bakar yang tidak cekap.

Sensor O2 juga akan memberi amaran menerusi ikon enjin yang terpapar pada papan pemuka. Namun simbol ini tidak selalu sama dengan isu sensor sebaliknya ia akan menunjukkan masalah enjin berkenaan.

Bosch AA mencadangkan pemandu menggunakan khidmat mekanik untuk melakukan pemeriksaan penyelenggaran jika anda terlihat isyarat kerana ia berkemungkinan besar perlu ditukar.

Jika anda mengabaikan perkara ini, sensor itu berkemungkinan mempercepatkan kerosakan penukar bermangkin dimana ia akan menelan kos yang tinggi untuk diganti atau dibaiki. 

Bagaimanapun, Bosch AA menawarkan dua jenis sensor O2 iaitu siri  tulen Bosch yang memenuhi keperluan kenderaan. Pada masa sama,  Bosch Universal pula dilihat amat sesuai untuk kebanyakan kenderaan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026