- Berita
- Berita Auto
- GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

Meskipun pasaran automotif awal tahun 2026 dilihat sedikit tenang, GWM Malaysia membuktikan bahawa mereka bukan sekadar "penumpang" dalam industri. Dengan prestasi suku pertama, jenama ini berjaya menyerahkan 1,294 unit kenderaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok 15 jenama automotif teratas di Malaysia.
Peralihan minat rakyat Malaysia terhadap kenderaan hijau (EV, Hybrid, dan PHEV) menjadi "enjin" utama pertumbuhan GWM, dengan momentum yang dilihat semakin memuncak menjelang Mac lepas.
Dominasi Segmen: WEY G9 & HAVAL H6 Jadi Rebutan
Bintang utama bagi suku ini tidak lain tidak bukan adalah WEY G9 Hi4 PHEV. Sejak dilancarkan, ia telah mencuri tumpuan pasaran dan kini memegang gelaran:
"MPV Mewah China No.1 di Malaysia bagi Suku Pertama 2026."
Kejayaan ini membuktikan rakyat Malaysia mula menerima teknologi Plug-in Hybrid yang menawarkan kemewahan serta fleksibiliti untuk perjalanan jauh tanpa kerisauan jarak (range anxiety).
Selain itu, HAVAL H6 HEV terus mengekalkan popularitinya. Selepas menguasai 14.9% pegangan pasaran pada 2025, model ini kekal menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan penjimatan minyak dan kos pemilikan yang rendah.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, pihaknya mahu memperkukuh pelaksanaan, daripada memperluaskan rangkaian pengedar dan meningkatkan keupayaan selepas jualan sehinggalah memastikan kesiapsiagaan bagi pelancaran akan datang seperti TANK 300 HEV.
"Usaha‑usaha ini adalah kunci kepada penyampaian pengalaman pemilikan yang konsisten dan lancar di seluruh negara," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


