Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz Kelas-E Ditayangkan Secara Umum: Rebut Dua Varian Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Kelas E yang dikemaskini sudah mendarat dalam pasaran Malaysia namun jentera ini telah diperkenalkan secara global pada Mac tahun lalu.

Ia yang dipasang di kilang pemasangan Mercedes-Benz di Pekan, Pahang ditawarkan dengan dua varian iaitu E 200 Avantgarde dan E 300 AMG Line. Ciri kereta Kelas-E ini telah diperkemaskini di kedua-dua bahagian luaran dan dalaman. 

Varian E 200 didatangkan dengan penampilan Avantgarde dimana ia menekankan ciri elegan dan ketangkasan kenderaan ini. Ia memiliki gril baharu yang lebih nipis, lampu hadapan dan lampu belakang  LED berprestasi tinggi, terdapat benjolan di bahagian bonet dan rim aloi lima jejari yang bersaiz 18 inci.


Sementara itu, E 300 AMG Line mempamerkan bampar baharu yang diselaraskan dengan nilai estetika AMG bersama rim aloi lima jejari bersaiz 19 inci. Selain itu, lampu depannya pula adalah jenis LED Multibeam yang kini dipadankan dengan lampu tinggi Ultra Range.


Menjengah bahagian belakang pula, bahagian bamparnya juga telah dikemaskini manakala,  lampu belakangnya kelihatan seolah-olah terbelah dua dan penutup but juga telah direka semula. 

Malah, rekaan dalaman lampu belakang juga dikatakan telah diubahsuai untuk semua model.


Dari segi penawaran, varian E 200 hadir dengan enjin M264 2.0 liter, empat silinder pengecas turbo  dan dipadankan bersama sistem transmisi kotak gear automatik 9G-Tronic mampu menghamburkan kuasa 194 kuasa kuda dan  daya kilasnya 320Nm.

Namun lain pula bagi varian E 300, ia dikatakan menghasilkan kuasa yang lebih tinggi iaitu 255 kuasa kuda dan 370Nm. Ini menyebabkan varian E mampu memecut dalam masa 7.4 saat  dengan kelajuan tertinggi sehingga 212 kilometer sejam (km/j) manakala, AMG Line pula merekodkan pecutan pada kadar 6.2 saat dengan kelajuan tinggi 250 kilometer.

Beberapa ciri dalamannya juga turut dikemaskini termasuk roda stereng pelbagai fungsi yang serba baharu kerana ia dipadankan dengan butang Kawalan Sentuh, trim aluminium, hiasan kayu pada konsol tengah termasuk  kawalan iklim automatik termatik dua zon.

Malah, ia juga hadir dengan kerusi hadapan boleh larasan elektrik dengan fungsi memori pelindung suria pada cermin belakang dan bahagian dalaman kedua-dua varian didatangkan dengan kemasan kulit Artico. Selain itu, generasi terbaharu sistem multimedia MBUX (Pengalaman Pengguna Mercedes-Benz) termasuk untuk Kelas-E.


Ia juga dilengkapi dengan kokpit skrin yang lebar termasuk dua skrin 12.3-inci sekali gus memberikan akses yang lancar untuk pemandu.


Dari segi keselamatan, E 200 dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan Mercedes-Benz, Bantuan Brek Aktif,  Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic, Bantuan Titik Buta dan kemasukan Tanpa Kunci-Go. 

Varian E-300 pula ditambahkan dengan ciri kamera 360 darjah dan Pakej Bantuan Pemanduan yang terdiri daripada Bantuan Jarak Aktif Distronic, Bantuan Steereng Aktif, Bantuan Kekal Laluan Aktif, Bantuan Titik Buta Aktif dan Pre-Safe® PLUS. 

Dalam pada itu, jentera Kelas-E ini turut menawarkan Urban Guard. Ia merupakan satu pakej perlindungan kenderaan yang menawarkan pemantauan menyeluruh kenderaan yang termasuk sistem penggera anti-pencuri, perlindungan tunda dan siren penggera siren.

Malah, ia turut menawarkan pemantauan dalaman dan pra pemasangan pengesan kecurian dan perlanggaran di kawasan parkir. Terdapat dua jenis cat baharu untuk Kelas-E yang dinamakan sebagai Grey Metallic dan High-Tech Silver. 

Harga permulaan E 200 ialah sekitar RM326,943 manakala, E 300 pula bermula dari harga RM275,432. Harga ini termasuk jaminan empat tahun jarak perjalanan tanpa had bersama pengecualian cukai jualan dimana ia dijangka akan berakhir pada hujung Disember ini.

Sehubungan itu, Mercedes-Benz turut menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah menerusi  program pembiayaan Step Up Agility Financing.



Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes-Benz E-Class
Mercedes-Benz E 200 Avantgarde
Mercedes-Benz E 300 AMG Line
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026