Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Salah Sebuah Kereta Rolls-Royce Menerima Rawatan Khas Di Pusat Pembuatan Rolls-Royce!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Salah sebuah model unik, Rolls-Royce SRH dilaporkan kembali semula ke Pusat Kecemerlangan Pembuatan Mewah Global, di Goodwood, United Kingdom baru-baru ini.


Jentera Rolls-Royce ini adalah milik Hospital St.Richard di Chichester. 

Jip elektrik plastik itu digunakan oleh pesakit kanak-kanak yang lazimnya akan memandunya dari unit pediatrik ke bilik bedah ketika mereka perlu menjalani pembedahan berbanding perlu berjalan kaki atau diusung ke bilik pembedahan.

Idea ini timbul bagi menggantikan detik cemas atau momen menakutkan ke bilik bedah kepada satu pengalaman yang menggembirakan untuk kanak-kanak itu termasuk keluarga mereka.

Sebaliknya, kereta yang dibina sekitar tahun 2017 ini dikatakan memerlukan pembaikan namun, Rolls-Royce menawarkan jip elektrik  baharu yang mengikut piawaian Rolls-Royce.

Sejak ia diperkenalkan, kereta itu telah menghantar lebih 2,000 kanak-kanak untuk menjalani pembedahan.

Hakikatnya, fungsi  jentera yang unik ini yang secara rutinnya digunakan oleh “kanak-kanak yang tidak memiliki lesen memandu sah akhirnya telah menjalani pembaikan termasuk kerja-kerja mengecat rangka badannya.


Kereta itu telah dibawa ke pusat pembuatan Rolls-Royce untuk menjalani penyelenggaran selepas ia melakukan perjalanan pertamanya hampir 160,934 kilometer.

Sekumpulan professional dari Pasukan Bespoke dan pelbagai pasukan teknikal terlibat dalam kerja-kerja pembaikan itu.

Rolls-Royce SRH yang menampilkan gril ikonik Pantheon turut dipadankan dengan sentuhan dua tona baik di bahagian luaran mahupun dalamannya.

Ia juga dihiasi dengan papan pemuka buatan tangan jenis cetakan tiga dimensi dan penutup roda.


Kenderaan itu disempurnakan dengan lencana RR dan maskot Spirit of Ecstasy. Ia yang dijana dengan elektrik itu menawarkan pengalaman pemanduan yang senyap manakala kadar kelajuannya hanya enam kilometer sejam.

Secara keseluruhannya, pasukan berkenaan telah mengambil masa selama 400 jam untuk menyempurnakan projek itu.

“Terima kasih sekali lagi kepada pasukan yang hebat di Rolls-Royce atas sokongan luar biasa anda kepada Hospital St. Richard.

“Ini merupakan kereta yang sangat istimewa bagi meneruskan kegembiraan, senyuman dan pengalaman paling positif untuk kanak-kanak itu termasuk keluarga mereka,” kata Ketua Badan Amal Hospital Southlands dan St Richard, David Clayton-Evans.

Kereta itu kini dilaporkan telah dihantar semula ke hospital berkenaan selepas menjalani kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan bagi meneruskan tanggungjawabnya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026