Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pandu Dengan Cermat & Dapat Ganjaran Diskaun? Perkenalkan Toyota T-Connect!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Selepas Toyota Corolla Cross dilancarkan pada bulan Mac yang lalu, masih ada lagi perkara menakjubkan untuk dikongsi tentang model ini! Salah satunya ialah fungsi yang dinamakan Toyota T-Connect, servis telematik canggih daripada Toyota.  

Antara ciri penting fungsi ini adalah kebolehannya untuk mengesan lokasi dan sekaligus melindungi kereta anda.  Antara perkhidmatan lain yang dapat membantu menghilangkan kerisauan pemilik kereta adalah seperti Find My Car, Theft Track, SOS dan Geo-fencing.  

Selain itu, terdapat juga sistem yang digelar Telematics CARE.  Perkhidmatan ini dapat memudahkan dan menjadikan urusan penyelenggaraan kereta Toyota lebih efisien.  Termasuk dalam perkhidmatan ini ialah Maintenance Reminder Service atau Khidmat Peringatan Penyelenggaraan yang merangkumi temujanji dalam talian serta pemberitahuan informasi kenderaan.  



Di samping itu, perkhidmatan ini turut didatangkan dengan Toyota Care PHYD (Pay How You Drive) yang merupakan sejenis skim insurans yang dapat memberikan penjimatan hebat kepada pelanggan melalui diskaun yang ditawarkan berdasarkan analisis data pemanduan.  

Sistem T-Connect akan menghantar data terkini kepada syarikat insurans ini. Maklumat ini akan dianalisis, diporses dan diringkaskan kepada skor yang kemudiannya akan dikongsikan kepada pemandu, bersama-sama dengan aahan pemanduan selamat bagi kawasan tertentu dan dalam tempoh tertentu dalam masa 30 minit selepas perjalanan tamat. Ciri ini dapat menggalakkan pemandu untuk memandu dengan lebih selamat. 

Pemandu yang memandu dengan selamat dapat menikmati diskaun ketika membuat pembaharuan pakej premium. Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat menikmati bonus ketiadaan tuntutan iaitu diskaun sebanyak 20 peratus untuk pembaharuan premium.  

Tawaran hebat daripada Toyota tidak terhenti di situ sahaja! PHYD turut menyediakan diskaun tambahan sebanyak 25 peratus yang akan dikira berdasarkan markah cara pemanduan anda.  

Seterusnya, terdapat juga ciri Happiness Mobility yang datang bersama dengan sejenis perkhidmatan khas yang akan menjaga anda di sepanjang perjalanan. 

Fungsi lain yang turut ditawarkan ialah Fleet Telematics Service (FTS) daripada UMT yang direka khas untuk pengguna yang menggunakan kereta bagi urusan kerja. Sistem ini dapat membantu pemilik menjejaki, merancang dan mengawal penggunaan kenderaan dan pemandunya. Ini dilakukan melalui sistem paparan informasi atau data kenderaan secara langsung. 

Adakah anda setuju ciri Toyota T-Connect ini dapat membuatkan pengalaman pemanduan Toyota lebih menarik?  Nyatakan komen anda dalam ruangan di bawah!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026