Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

30% Pengedar Kereta Akan Gulung Tikar Sebelum 2022?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lebih daripada 30 peratus daripada 4,600 ahli Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) berisiko untuk gulung tikar sebelum melangkah masuk ke tahun 2022 sekiranya sekatan pergerakan berlanjutan selama beberapa bulan lagi.



Info ini disampaikan sendiri oleh Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor ketika mesyuarat dalam talian bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Mengulas mengenai perkara itu, Khor memaklumkan bahawa buat masa ini secara keseluruhannya ahli FMCCAM perlu menanggung kerugian yang besar sehingga mencecah RM300 juta. Beliau turut mencadangkan agar syarikat jualan kereta terpakai dan syarikat kredit  diletakkan sebagai perkhidmatan penting kerana ia berfungsi sebagai pengantara bagi kelangsungan perniagaan-perniagaan kecil dan mikro.




"Apabila perniagaan kecil dan mikro kehabisan simpanan, mereka akan mempertimbang untuk menjual kereta supaya masih mempunyai modal pusingan, duit untuk meneruskan hidup dan berjuang demi hari seterusnya.

 

"Tapi bagaimana mereka boleh menjual kereta dan trak yang ada sekiranya sektor automotif, termasuklah bilik pameran tidak dibenarkan untuk beroperasi?" luah Khor.  

 

Berdasarkan laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), sektor automotif menyumbangkan sebanyak RM57 bilion pendapatan tahunan dengan sebanyak 6.8 juta buah kereta dalam pinjaman.

 

"Tiada masa lagi untuk dibuang bagi pembukaan sektor automotif.  Peluang pembelian untuk perniagaan kami dalam situasi pandemik ini cukup tipis.  Tak mudah untuk kami dapatkan 10 pelanggan yang berpotensi dalam sehari," tambah Khor.





Sementara itu, Wee berkata, syarikat perniagaan mestilah memastikan setiap pekerja dan pelanggan telah menerima vaksin sepenuhnya sekiranya sektor mereka beroperasi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Orang ramai janganlah leka dengan perkara berkaitan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja atau di mana sahaja, walaupun berada dalam kalangan orang yang telah menerima vaksin penuh.  Ini adalah kewajipan minimum yang mesti dipatuhi semua perniagaan supaya kerajaan yakin bahawa keadaan sudah cukup selamat untuk memulakan beroperasi," kata Wee.

 

Wee turut menekankan bahawa, pembukaan ini bukan sekadar membabitkan industri automotif, tetapi juga seluruh rantaian bekalan daripada bilik pameran hingga ke kilang-kilang pemasangan bahagian dan komponen.




"Saya akan membawa maklum balas yang diterima daripada persatuan untuk perbincangan dalam kabinet," ujar Wee.

 

Perbincangan maya ini turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia Datuk Aishah Ahmad, Pengerusi Persatuan Pengedar Honda Malaysia Datuk Mahfoz Hamid, Presiden Persatuan Pengedar Perodua Khairul Nizam Ayob, Presiden Majlis Pengedar Toyota Malaysia Simon Thong, Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia Liew Vee Lee, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Datuk Lim Ban Hong.

Tag:

FMCCAM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026