Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Deruman Inspirasi Testa Rossa J

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kecil tetapi padu!

Itulah gambaran sebenar kereta "kerdil" yang dinamakan sebagai Testa Rossa J ini.

Biarpun bersaiz kecil seperti kereta mainan namun anda jangan salah sangka, ia sebenarnya bukanlah untuk kanak-kanak sebaliknya khas untuk pengumpul Ferrari!

Menyingkap sejarahnya  pada era 50 dan 60-an, Ferrari 250 Testa Rossa pernah dianggap sebagai Ferrari bermakna untuk sepanjang zaman.  Ia dikatakan telah memenangi sekurang-kurangnya 18 kemenangan.


Jentera itu telah memegang tiga gelaran juara dan menjadi satu -satunya kenderaan yang menang dalam acara kejohanan 24 Hours of Le Mans sebanyak empat kali.

Kenderaan ini dilihat sebagai watak utama ketika era itu.


Bayangkan, 75 peratus replika Testa Rossa J ini adalah terdiri daripada klasik terkenal. Dijana dengan enjin elektrik tiga bateri namun  apa yang menarik hanya  299 unit kenderaan dihasilkan setakat ini.

Sebaliknya disahkan, jentera ini tidak boleh digunakan di atas jalan raya. 

Menerusi kerjasama dengan The Little Car Company, Testa Rossa J dihasilkan semula  tetapi kali ini ia dikatakan meniru model  model 1957. Badannya dari aluminium yang dibentuk dari tangan, manakala, spesifikasi suspensi juga agak tinggi selain trenkuasa elektriknya  yang canggih.


Geometri stereng juga dikatakan telah dimodelkan pada yang tulen sekali gus membenarkan pengalaman pemanduannya bersesuaian dengan bahagian luarannya yang kelihatan klasik.

Bercakap mengenai keselamatannya, jentera ini hadir dengan panel logam sisi yang agak kukuh. Pilihan gulungan logam itu boleh ditambat di bahagian casis dan brek cakera Brembo bagi menggantikan sistem dram yang tulen dimana ia dilengkapi dengan brek hidraulik.

Beberapa penyesuaian dapat dilihat dengan jelas pada Testa Rossa J terutamanya dari segi kombinasi warna. 


Konfigurasi kereta dalam talian juga membenarkan pelanggannya memilih 14 koleksi jentera bersejarah ini,  selain ditawarkan dengan 53 warna  dan beberapa ciri tambahan yang disesuaikan pada jentera ini iaitu standing dengan gaya Ferrari.

Jentera ini dikatakan akan dihasilkan selewat-lewatnya hujung tahun ini dengan mendapatkan slot pembinaan dengan deposit sebanyak  €20,000 (RM99,967).

Maka, namanya pun Ferrari, jadi sudah pasti harganya bukan murah!

Harga jentera ini bermula dari €93,000 (RM464,847) namun harga itu dijangka meningkat bergantung pada penyesuaian jentera berkenaan.



Tag:

Ferrari
Ferrari Testa Rossa J
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
Kereta Baru
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
EV
Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
Berita Auto
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Global
Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Berita Auto
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global
Ferrari Perkenal  Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026