Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW i4 Versi Elektrik: Bergerak Sejauh 591 KM! – Ini Info Terperinci Mengenai Model Terbaharu BMW

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Telah lama dinanti-nantikan peminat kereta BMW, Bayerische Motoren Werke akhirnya mengumumkan kehadiran kenderaan elektrik (EV) Gran coupe empat pintu pertama mereka yang diberi nama BMW i4.

 

BMW i4 menggabungkan ciri sporty dengan reka bentuk yang elegan menjadikannya sebuah model kereta yang cukup versatile.


Ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu versi standard, i4 iDrive 40 dan versi berprestasi tinggi, i4 M50 yang juga merupakan saloon elektrik sepenuhnya yang pertama daripada BMW M.

 

Apa yang menarik tentang i4 eDrive 40? Model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang menggunakan teknologi eDrive generasi ke-5 BMW. Sistem ini memberikan kuasa mencecah 340 hp (250 kW) untuk ligatan enjin antara 8,000 ke 17,000 rpm dan tork 430 Nm pada 5,000 rpm. 


Motor elektrik ini digabungkan dengan kotak gear automatik yang bernisbah tetap 1 kelajuan yang menyalurkan kesemua kuasa kepada roda belakang.

 

BMW i4 eDrive 40 yang menggunakan kuasa elektrik ini boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 5.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 190 km/j. Model ini turut menjanjikan jarak perjalanan yang agak jauh sehingga 591 km atau 367 batu berdasarkan kitaran WLTP.


Sementara itu bagi model prestasi, i4 M50 didatangkan dengan motor dwi-elektrik yang menggunakan teknologi eDrive generasi ke-5 BMW. Output kuasanya adalah lebih tinggi iaitu 544 hp (400 kW) pada 8,000 ke 17,000 rpm dan 795 Nm tork pada 5,000 rpm.

 

Salah satu daripada motor elektik berkembarnya diletakkan di bawah bonet untuk pergerakan roda depan dan satu lagi di bahagian belakang bagi menggerakkan roda belakang.


Dalam mod pemanduan Sport Boost, kedua-dua motor elektrik akan bergabung untuk bergerak daripada 0 ke 100 km/j dalam 3.9 saat dan seterusnya mencapai kelajuan maksimum pada 225 km/j.  Namun begitu, jarak perjalanan dengan cas yang penuh bagi kereta ini hanyalah 508 km (361 batu), kurang daripada jarak yang dapat dicapai oleh i4 eDrive 40 iaitu sejauh 591 km.

 

Dari aspek pengecasan, BMW i4 telah dibangunkan supaya sesuai digunakan dengan pengecas awam yang berkapasiti 200 kW. Dalam hanya 10 minit pengecasan, i4 eDrive 40 boleh bergerak sejauh 164 km dan  i4 M50 pula sejauh 140 km.

 

Untuk mengecas bateri BMW i4 sepenuhnya daripada 0 ke 100 peratus, pengguna boleh menggunakan pengecas wall box yang dipasang di rumah dalam masa 8.5 jam.

 

Dari segi reka bentuk, dapat dilihat pada bahagian depan BMW i4 eDrive 40 terdapat gril dua keping berbentuk oktagon yang dipadankan dengan corong udara pada bahagian bawah.


Di belakang, terdapat sebuah peresap yang besar dan sporty, berbeza daripada model petrol yang bersambung dengan ekzos.

 

Perbezaan lain yang terdapat pada model terkini berbanding versi petrol atau diesel BMW yang lain adalah penggunaan warna biru pada kebanyakan kemasan i4 eDrive 40.


Antara bahagian yang dimaksudkan ialah rangka gril depan, bahagian bawah profil kereta iaitu daripada dapra depan ke belakang, dan seterusnya pada peresap belakang.


Berkenaan rodanya pula, setiap varian didatangkan dengan rim yang berbeza.  BMW i4 eDrive 40 menggunakan satu set rim aloi putih lima mid-gaped spokes bersaiz 17 inci atau 18 inci, dengan tayar  225/55 101Y XL.

Turut ditawarkan adalah versi M Sport yang eksklusif hanya untuk model ini.  M Sport memiliki spesifikasi yang sama seperti standard namun menggunakan kit badan yang kelihatan lebih agresif diinspirasikan daripada model i4 M50.


Varian BMW i4 M50 memiliki reka bentuk sebuah coupe, sama seperti versi standard, namun ia diberikan lebih 'personaliti.'

 

Pada bahagian depan, terdapat sepasang gril yang sama seperti yang terdapat pada model standard tetapi kali ini diwarnakan dengan warna hitam berkilat.  Ciri sporty kereta diserlahkan dengan kehadiran corong udara berwarna hitam, satu corong yang bersaiz sederhana di bahagian tengah dan dua lagi pada bahagian tepi.


Pada bahagian belakang kereta pula, terdapat lip spoiler dalam warna hitam berkilat.  Berbeza dengan model standard, peresap udara yang dipasangkan memiliki gaya yang lebih kurang sama tapi dengan garis bentuk atau kontur yang nampak lebih gagah. 

 

Sebagai versi prestasi, bahagian-bahagian kemasan yang berwarna biru elektrik dalam versi standard dicatkan dalam warna hitam berkilat.  Di bahagian tepi, terdapat liang kemasukan udara yang disepadukan pada binaan dapra kereta, bahagian ini turut bergabung dengan skirting yang memanjang sehingga ke belakang.

 

Untuk membezakan varian i4 M50 dengan i4 standard, profil tepi kereta turut memiliki kemasan sporty berwarna kelabu gelap seperti yang terdapat pada perumah cermin sisi dan lip spoiler.

 

Eksklusif hanya untuk i4 M50, versi ini menggunakan rim aloi dua tona lima double-spoke yang bersaiz 18 atau 19 inci. Tayarnya pula ialah tayar 245/45 100Y XL pada bahagian depan dan 255/45 103Y XL di belakang.

 

Bergerak ke bahagian dalam, kabin baharu bagi model i4 menggunakan sistem infotainmen Live Cockpit Professional  yang terkini daripada BMW.  Paparan skrin lebar ini adalah gabungan antara skrin digital pemandu yang bersaiz 12.3 inci dengan skrin sentuh tengah bersaiz 14.9 inci yang berbentuk melengkung di sepanjang papan pemuka.

 

Sistem ini menggunakan perisian infotainmen BMW versi iDrive 8 yang terkini. Dengan perisian ini, pengguna dapat memanfaatkan fungsi pengaktifan suara 'Hey BMW' dan beberapa lagi menu terbaharu yang lain.

 

Selain itu, sistem ini turut menyokong fungsi pencerminan  Apple CarPlay dan Android Auto. Pengemaskinian perisian boleh dilakukan secara automatik dalam masa hanya 20 minit tanpa sambungan wayar.

Di samping itu, sistem baharu ini tidak lagi menggunakan butang atau punat fizikal untuk kawalan iklim seperti yang terdapat pada kabin terdahulu. Segalanya tampil lebih canggih kerana boleh dikawal sama ada melalui menu pada skrin atau menggunakan suara.

 

Khas bagi model i4 eDrive 40, model ini lengkap dengan kamera undur, penyejuk udara automatik dan pencahayaan ambien, manakala bagi versi M Sport pula salah satu ciri khas untuk ruang kabinnya ialah tempat duduk yang dibaluti upholsteri Alcantara.

 

Sementara itu, model i4 M50 pula menggunakan tempat duduk sport balutan kulit yang memiliki fungsi memori. Ciri menarik lain yang terdapat pada model ini ialah pad pengecasan tanpa wayar.

 

Mengenai sistem keselamatannya pula, kedua-dua model i4  menampilkan ciri keselamatan aktif yang standard untuk BMW seperti Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Automatik (ASC) dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC).

 

Selain itu, model ini turut dilengkapi teknologi ARB (near-actuator wheel slip limitation), Kawalan Brek Pembelokan (CBC), Kawalan Brek Dinamik (DBC), Fungsi Dry Braking, Fading Compensation, Bantuan Drive-off, Kawalan Menurun Bukit (HDC) dan Kawalan Kestabilan Treler (TSC).


Untuk ciri keselamatan pasifnya pula, BMW i4 dilengkapi beg udara depan, tepi dan di bahagian kepala untuk kedua-dua tempat duduk depan, tali pinggang keledar jenis inersia 3 titik untuk kesemua tempat duduk dengan ciri pra-regangan dan pengehad beban,  sensor pelanggaran dan penunjuk tekanan tayar


BMW i4 eDrive 40 ditawarkan pada harga  £51,905 (RM 298,746) untuk versi standard dan £53,405 (RM 307,314) bagi M Sport. Sementara itu, varian BMW i4 M50 pula berharga £63,905 (RM 367,783).


Model terbaharu ini dijadualkan bakal memasuki pasaran Eropah pada bulan November akan datang.

Gallery

Tag:

bmw
BMW i4
i4 eDrive 40
i4 M50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025