Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penat Tersangkut Dalam Kesesakan? Kini Tidak Lagi Dengan IQ-DRIVE Volkswagen Polo

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pasaran automotif kini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Volkswagen Polo yang terbaharu. Tapi untuk versi Polo kali ini, ianya hadir dengan fungsi yang cukup menarik. Ini kerana buat pertama kalinya Polo ditawarkan dengan fungsi pemanduan separa automatik yang menjadikannya kereta kecil pertama di dunia yang memiliki fungsi ini.

 

Ciri ini dapat diwujudkan dalam sebuah Polo yang kecil dengan bantuan IQ.DRIVE Travel Assist atau Bantuan Perjalanan IQ-DRIVE. Sistem ini membolehkan VW Polo dikemudi, dibrek dan ditekan minyaknya secara automotik.

 

Sebelum ini, teknologi IQ.DRIVE hanyalah ditawarkan pada model-model kereta yang lebih besar seperti  Golf, Tiguan, Passat, Arteon dan Touareg. Namun kini, fungsi ini tidak lagi terhad kepada kereta-kereta ini sahaja. 



Secara umumnya, Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE sangat mudah untuk digunakan dengan adanya stereng pelbagai fungsi pada Polo. Stereng ini memiliki butang kawalan yang dapat memudahkan pemandu mengakses sistem bantuan pintar. Pemandu hanya perlu menekan butang ini dan fungsi akan diaktifkan.

 

Secara teknikalnya, Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE berfungsi dengan gabungan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Panduan Laluan Adaptif.

 

Setelah diaktifkan, perkara pertama yang akan berlaku ialah ciri ACC akan bertindak bagi memastikan Polo mengekalkan kelajuan yang dibenarkan secara automatik.

 

Ini berlaku dengan bantuan kamera Dynamic Road Sign Display. Menggunakan sistem ini, Polo akan menentukur kelajuan yang dibenarkan secara automatik.


Seterusnya, ia akan menggunakan teknologi sensor radar bagi mengesan mana-mana kenderaan yang perlahan di hadapan, sekiranya ada, brek akan ditekan.  Namun sekiranya tiada kenderaan dikesan, pedal minyak akan ditekan.

 

Selain itu,  ia turut memiliki sistem ACC prediktif yang bergabung dengan sistem navigasi dan kotak gear dwi-cekam (DSG).

 

Fungsi ini akan membenarkan kenderaan bertindak balas terhadap kehadiran selekoh jalan, pembahagi jalan dan sebagainya dengan cara mengurangkan kelajuan.

 

Sistem yang seterusnya ialah sistem kekal lorong. Dalam sistem ini, fungsi bantuan laluan akan mengimbas bahagian depan Polo dengan menggunakan kamera sama yang digunakan dalam sistem Dynamic Road Sign Display (terletak pada cermin depan).

 

Sistem ini dapat mengesan tanda pada jalan supaya dapat mengekalkan pergerakan pada laluan yang betul walaupun sekiranya terdapat pergerakan ke luar lorong yang tidak disengajakan.

 

Namun begitu, pemandu mestilah mengekalkan pegangan tangan pada stereng kereta, kerana hanyalah pemandu yang dapat mengesan situasi sebenar pemanduan. 


Sekiranya Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE digabungkan dengan transmisi lima dan enam kelajuan, sistem bantuan ini boleh digunakan daripada kelajuan minimum 30 km/j hingga 210 km/j.

 

Untuk gabungan dengan transmisi dwi-cekam 7 kelajuan (DSG) pula, sistem bantuan boleh diaktifkan daripada 0 km/j lagi.

 

Sistem yang cukup menarik bukan? Teknologi yang diketengahkan ini cukup praktikal bagi warga kota yang seringkali terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas. Perjalanan terasa kurang memenatkan bila pergerakan yang tersekat-sekat dapat dikawal secara automatik.

 

Volkswagen telah mula menawarkan Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE dan ACC untuk Polo sebagai sebagai sebahagian daripada komponen dalam pakej tambahan IQ.DRIVE.

Gallery

Tag:

Volkswagen Polo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:

Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:

VPCM tarik balik 6,671 unit kereta yang membabitkan pelbagai model.

26-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto
'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026