Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Eropah Bekerjasama Dengan Uber – Pemandu Uber Dapat Guna EV?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Eropah dan Uber telah mengumumkan kerjasama untuk merealisasikan mobiliti elektrik. Tindakan ini diambil bagi mempercepatkan proses penggunaan kenderaan elektrik bebas emisi untuk menjadikan negara Eropah bebas daripada pencemaran alam dan bunyi.

 

Kia akan membekalkan barisan kereta elektrik bateri (BEV) berteknologi tinggi kepada pemandu Uber termasuklah e-Niro dan e-Soul sebagai sebahagian daripada usaha kolaborasi.  Strategi yang diambil ini bakal menjadikan Kia pembekal utama EV untuk sektor e-hailing.


Berdasarkan pelan perancangan kenderaan masa depan Kia yang dinamakan 'Plan S', peratusan jualan kenderaan mesra alam dianggarkan akan meningkat sehingga 40 peratus daripada keseluruhan jumlah jualan global Kia menjelang penghujung tahun 2030.  Buat masa ini, Kia sudah pun berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran jualan tahunan global iaitu sebanyak 880,000 unit kereta elektrik (EV) dan 1.6 juta kenderaan mesra alam.

 

Elemen teras dalam strategi Plan S adalah usaha untuk memperkukuh portfolio Kia dengan menghasilkan 11 buah BEV baharu menjelang tahun 2026, tujuh daripadanya akan dibangunkan berdasarkan platform modular yang dinamakan Electric-Global Modular Platform (E-GMP). Dilaporkan bahawa kenderaan yang bakal dihasilkan ini adalah termasuk kereta SUV dan MPV dalam beberapa jenis segmen berbeza.

 

Dalam masa yang sama, Uber turut bercadang untuk mengurangkan jejak karbon dengan mengambil langkah proaktif untuk menjadi sebuah platform e-hailing bebas emisi di seluruh Eropah mulai tahun 2030. Untuk tahun 2024, syarikat e-hailing ini berharap untuk memiliki lebih daripada 100,000 unit BEV. Penggunaan kereta bebas karbon akan dimulakan di beberapa bandar besar Eropah iaitu Amsterdam, Berlin, Brussels, Lisbon, London, Madrid dan Paris.

 

Untuk mempromosikan penggunaan BEV, Kia dan Uber merancang untuk menjalankan kempen pemasaran dan pendidikan kepada pemandu-pemandu Uber.  Peluang untuk pandu uji kereta turut ditawarkan supaya pemandu dapat mencuba kereta elektrik ini sendiri. 

 

“Kerjasama yang menarik dengan Uber ini merupakan satu lagi detik penting bagi BEV dan mobiliti bebas emisi di Eropah. Memastikan udara bersih di kawasan bandar yang sesak dan memastikan suasana yang tenang serta bebas daripada pencemaran bunyi kenderaan adalah agenda utama kami. Kerjasama yang penting dengan Uber ini adalah langkah yang signifikan bagi merealisasikan matlamat ini, dan kami sangat berbangga kerana dapat menawarkan barisan kereta BEV canggih Kia, bermula daripada model e-Niro dan e-Soul," ujar presiden Kia Eropah, Jason Jeong.



Pengurus Besar Rantau Uber, Anabel Diaz pula berkata, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Kia bagi memastikan pemandu di seluruh Eropah dapat menggunakan kenderaan elektrik yang terbaik pada harga yang berpatutan. Mobiliti bebas emisi bukanlah sekadar matlamat bagi kami – ia merupakan satu keperluan." 



Kolaborasi strategik antara Kia dan Uber ini akan diperkukuhkan dengan penawaran BEV berteknologi tinggi kepada 20 pasaran Eropah yang menunjukkan peningkatan permintaan.



Tag:

Kia Europe
Uber
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Imej Pertama Didedahkan, Kia Sportage Versi Khas Untuk Pasaran Eropah!

Kia Europe telah mempertontonkan imej rasmi pertama bagi Sportage yang dikeluarkan khas untuk pasaran Eropah.

28-09-2021
Berita Auto

Tersalah Masuk Kereta, Pelajar Ini Ditembak Mati

Malang menimpa seorang pelajar universiti di Florida, Amerika Syarikat, apabila dia ditembak mati hanya kerana tersalah kereta.

21-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026