Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Imej Pertama Didedahkan, Kia Sportage Versi Khas Untuk Pasaran Eropah!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Europe telah mempertontonkan imej rasmi pertama bagi Sportage yang dikeluarkan khas untuk pasaran Eropah.  Telah pun dilancarkan secara rasmi, model terbaharu ini merupakan generasi yang kelima bagi salah sebuah model SUV yang terlaris Kia.



Dibangunkan berasaskan platform terbaharu, Sportage telah dibina dengan teliti supaya memiliki ciri praktikal dan kebolehgunaan yang tinggi.  Dihasilkan khas untuk penggunaan di atas jalan raya Eropah dan berdasarkan keperluan pengguna di benua ini, model ini memiliki reka bentuk yang cukup stylish.  Reka bentuknya adalah berlandaskan konsep rekaan 'Opposites United' yang bertemakan  ‘Bold for Nature’ yang mengetengahkan elemen kesempurnaan dan kesederhanaan alam semula jadi.  

 

Imej menunjukkan bentuk hadapan kereta yang sofistikated, lengkap dengan gril hitam yang memanjang, Tiger Nose Grille, lampu DRL LED berbentuk seperti bumerang dan juga lampu depan LED Matrix. Selain itu, ia turut menggunakan bumbung berwarna hitam yang menonjolkan rekaan tiang C yang dinamik untuk model ini. 



Daripada sudut belakang, Sportage menampilkan garisan bahu yang melebar dan bergabung dengan lampu kombinasi LED belakang yang halus.  Rekaan unik bampar belakang berwarna hitam model ini menjadikan kereta lebih sporty. 

 



Bergerak ke bahagian dalam, kabin kereta nampak luas dan mewah. Sememangnya moden dan bertambah sempurna bila dipadankan dengan teknologi yang canggih. Ciri menarik yang ditawarkan pada ruangan dalam ialah skrin sentuh bersaiz 12.3 inci, alat kawalan bersepadu yang canggih, akses Kia Connect App dan sistem audio Harman Kardon.

 

Model keluaran untuk negara Eropah ini dikuasakan oleh empat trenkuasa berbeza dengan tujuan untuk mengurangkan emisi karbon secara drastik dan juga bagi meningkatkan kadar penjimatan bahan api.  Model ini menggunakan teknologi elektrik hibrid dengan enjin gas bersih generasi terbaharu dan juga diesel IC. 

 

Sportage PHEV menggunakan enjin 1.6L T-GDI serta dilengkapi pek bateri polimer lithium-ion 13.8kWj. Trenkuasa yang digunakan dapat menghamburkan sehingga 261 hp yang mana 177 hp daripadanya ialah daripada enjin IC.  Pek bateri  yang digunakan kereta ini akan sentiasa memantau keadaan bateri termasuklah arus, voltan dan diagnosis isu serta voltan sel dan suhu.

 

Sementara itu Sportage HEV pula mengunakan bateri polimer lithium-ion 1.49kWj yang turut menggunakan enjin 1.6L T-GDI. Kuasa keseluruhan sistem ialah 226 hp.

 

Enjin sama juga digunakan untuk sistem hibrid MHEV yang memberikan kuasa output sebanyak 147 hp atau 177 hp. Ia menggunakan proses pembakaran, teknologi penyejukan dan juga langkah pengurangan geseran utama yang terbaharu, unit empat silinder ini memastikan kadar penggunaan minyak model ini efisien.

 

Enjin diesel 1.6L yang memberikan output sebanyak 113 hp dan 134 hp turut diperkenalkan.  Enjin yang digunakan membantu mengurangkan NOx dan pencemar yang lain disebabkan teknologi kawalan emisi aktif SCR.  Di samping itu, model 134 hp ditawarkan dengan sistem MHEV. 



Ciri menarik lain ialah Terrain Mode terkini, Suspensi Kawalan Elektronik (ECS), teknologi Idle Stop-and-Go Kia serta DriveWise terkini - merangkumi Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA). Kawalan Jelajah Pintar berdasarkan Navigasi (NSCC), Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA) dan Bantuan Parkir Pintar Jarak Jauh (RSPA).

 

Sportage Eropah yang serba baharu ini telah pun dipaparkan kepada orang ramai ketika pameran IAA Mobility di Odeonsplatz.

Tag:

Kia Sportage
Kia Europe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan

Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan

Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.

08-06-2026
Berita Auto
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Kereta Baru
Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, akhirnya mendedahkan perincian mengenai SUV Kia Sportage generasi kelima.

20-11-2024
Berita Auto
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

03-07-2024
Berita Auto
[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.

28-12-2023
Berita Auto
Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…

Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…

Kia Sportage 2023 meraih anugerah 2022 TOP SAFETY PICK daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) tetapi...

29-08-2022
Berita Auto
Kia Umum Harga Sportage Untuk Pasaran AS

Kia Umum Harga Sportage Untuk Pasaran AS

Harga Kia Sportage 2023 didedahkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

07-04-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026