- Berita
- Berita Auto
- JPJ Melaka Lelong Kereta Serendah RM965 Ke RM10K – Subaru & Mini Cooper Pun Ada!
JPJ Melaka Lelong Kereta Serendah RM965 Ke RM10K – Subaru & Mini Cooper Pun Ada!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Melaka akan memulakan acara lelongan kereta pada awal September nanti membabitkan sejumlah 46 buah kenderaan termasuklah beberapa buah kereta mewah.
Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, JPJ Melaka menyasarkan hasil kutipan bagi semua kereta tersebut mencecah sehingga RM1.5 juta.
Nilai yang terendah dalam lelongan nanti ialah RM965 dan tertinggi pula hanyalah RM10,000 sahaja. Turut ditawarkan adalah beberapa buah kereta mewah seperti Mini Cooper dan Subaru Impreza.

Beliau memaklumkan, kenderaan mewah tersebut merupakan kereta klon yang telah dirampas dalam operasi yang pernah dijalankan sebelum ini dan telah dilucut hak.
Orang ramai yang berminat boleh merebut peluang untuk memiliki kereta ini bermula daripada 6 September nanti sebelum berakhir pada 20 September.
“Dokumen sebut harga boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang serta di laman sosial Facebook JPJ Melaka dan dihantar semula menerusi pos atau serahan di kaunter.
“Bagaimanapun, disebabkan negara masih lagi bergelut dengan kes-kes Covid-19, kita hanya membenarkan seramai 20 orang sahaja hadir untuk lawatan tapak pada setiap hari dan permohonan perlu dibuat melalui Google Form,” katanya.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

