Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mantap Dari Segi Rekaan & Prestasi: Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Bentley Bentayga S

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bentley memperkenalkan Bentayga S sebagai varian terbaharu 'keluarga' Bentayga. Model ini tampil dengan reka bentuk yang cukup menyerlah keunikannya. 


Dilihat dari reka bentuknya, Bentayga S memiliki aura muda dan gagah. Aura yang dimilikinya ini makin terserlah bila dilihat dari sudut prestasi kereta ini yang cukup dinamik.

 

Jika dilihat bahagian luar kereta dengan terperinci, varian S didatangkan dengan spesifikasi yang dinamakan Blackline. Rekaan Blackline ini dapat dilihat daripada penggunaan warna hitam pada perumah cermin sisi dan juga ambang pintu.

 

Dari sudut depan, ciri Blackline dapat dilihat pada bahagian lampu depan dan juga gril bampar bawah yang diberikan kemasan berwarna hitam. Kemasan berwarna gelap pada bahagian lampu dan warna hitam berkilat pada gril bampar.

Bergerak ke bahagian belakang, terdapat spoiler besar  yang menjadikan pandangan tepi bumbung kereta kelihatan lebih panjang, di samping dapat meningkatkan kestabilan kereta semasa dipandu dalam kelajuan yang tinggi.


Dari sudut tepi, terdapat logo 'S' di bahagian bawah pintu depan. Dari sini juga dapat dilihat bahagian rodanya menggunakan rim bersaiz 22 inci.

 

Reka bentuk rim ini cukup unik dan bergaya. Ini kerana, rekaannya sama seperti garisan yang terdapat pada badan kereta. Lihat sahaja spoke rim ini, bentuknya serupa dengan garisan pada badan kereta.


Rim ini ditawarkan dalam tiga warna berbeza iaitu  warna perak atau silver yang didatangkan secara standard, serta dua warna pilihan yang lain iaitu hitam berkilat sepenuhnya atau hitam yang digilap cerah.

 

Bergerak ke bahagian dalam kereta, terserlah gaya mewahnya dengan ciri unik Bentayga S.


Tempat duduk Bentayga S tampil dengan gaya jahitan terbaharu, serta gabungan dua warna tema berbeza dengan balutan Alcantara.


Gabungan dua warna atau colour split yang digunakan pada balutan Alcantara dapat dilihat bukan sahaja pada tempat duduk tapi juga pada panel tengah, tuil gear dan stereng.

 

Mengenai teknologinya, Bentayga S menggunakan panel informasi pemandu yang sama seperti Bentayga Speed. Panel ini memiliki ciri grafik dail yang menyerlah diinspirasikan daripada kronograf atau jam berjenama mewah. 


Paparan daripada panel ini menyumbang kepada gaya kontemporari dalam kokpit. Yang menariknya, efek pencahayaan dan animasi pada panel boleh diubah mengikut keinginan pemandu.

 

Skrin kluster instrumen yang beresolusi tinggi bagi kereta ini boleh dipaparkan dalam dua mod berbeza, sama ada Classic atau Expanded.


Dalam mod Classic, skrin akan memaparkan speedometer dan tachometer yang tradisional, manakala Expanded pula adalah paparan moden yang menunjukkan peta kawasan dan informasi media.

 

Dari segi prestasi, Bentayga S menggunakan enjin petrol V8, berpengecas turbo jenis twin-scroll, 4L. Enjin ini dapat memberikan kuasa mencapai 542 bhp (550 PS) dan tork 770 Nm.


Kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah setinggi 290 km/j dan memiliki kemampuan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat.

 

Ciri penting lain yang terdapat pada varian ini ialah sistem Bentley Dynamic Ride (BDR) yang menggunakan teknologi kawalan olengan aktif elektrik 48V.


Sistem ini dapat memberikan reaksi sepantas 0.3 saat dengan tork sehingga 1300 Nm untuk membalas kembali kuasa oleng lateral semasa di selekoh.

 

Ciri ini memastikan cengkaman tayar pada jalan berada pada tahap maksimum demi menjamin kestabilan kabin.


Di bawah mod SPORT, pemandu dapat merasakan bahawa pengendalian stereng dan respon kereta kepada pusingan adalah lebih baik daripada biasa. Masalah body-roll berjaya diminimumkan disebabkan peningkatan sebanyak 15 peratus ke atas redaman suspensi udara dan juga talaan ESC dan BDR yang unik.


Kemampuan off-road kereta masih lagi sama melalui spesifikasi All-Terrain yang menawarkan empat mod off-road iaitu Snow and Wet Grass, Dirt and Gravel, Mud and Trail dan juga mod Sand.


Di samping itu, didatangkan secara standard ialah ekzos sport Bentayga S yang mengeluarkan deruman bunyi yang padu, bersesuaian dengan karakternya sebagai kereta berorientasikan prestasi.


Bentley Bentayga S sememangnya sebuah varian yang istimewa, bukan sahaja dari segi rekaan tapi juga kemampuannya sebagai sebuah kereta yang berprestasi tinggi.




Gallery

Tag:

Bentley
Bentayga
Bentley Bentayga
Bentayga S
Bentley Bentayga S
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

09-07-2025
Kereta Baru

28-11-2024
Global

12-11-2024
Global

03-10-2024
Global

11-09-2024
Global

25-07-2024
Global

19-07-2024
Global

27-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025
Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025