Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.

Program itu menawarkan rebat istimewa, baucar beli-belah dan barangan tambahan lain bernilai RM7,900. Menerusi program ini, petugas hadapan juga berpeluang memiliki kereta Hyundai pada harga yang berpatutan.


Selain petugas kesihatan dan penguatkuasa undang-undang, HSDM juga menawarkan program itu kepada  ahli bomba serta guru sekolah awam.

“Hari demi hari, petugas barisan hadapan sektor kesihatan dan awam menunjukkan keberanian dan bertahan dalam memerangi pandemik ini.

“Kami berterima kasih kepada mereka atas kerja berterusan ini dimana tugas mereka amat  penting untuk memerangi virus yang membawa maut ini. Kami berdiri bersama dengan hero-hero ini dan percaya kita boleh melakukannya bersama,” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung.


Menurutnya, petugas hadapan wajar dihargai menyebabkan pihaknya tampil dengan program penghargaan untuk golongan tersebut.

“Selain menjadikan kenderaan Hyundai lebih mampu milik untuk mereka, kami juga akan memberikan baucar barangan runcit sebagai tanda penghargaan atas hasil kerja keras, dedikasi serta pengorbanan mereka,” tambahnya.

Petugas hadapan yang berminat menyertai program ini layak menerima Kad Kesetiaan Hyundai dimana pemegang kad itu layak menikmati rebat untuk alat ganti bayaran upah, dan  promosi bulanan yang  eksklusif.

Semua model Hyundai dilengkapi dengan servis percuma selama tiga tahun atau 50,000 kilometer (km)  dan jaminan lima tahun atau 300,000 km.

Bagi yang berminat, anda boleh boleh mengunjungi mana-mana pengedar Hyundai atau laman web untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program tersebut.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua petugas hadapan  atas usaha anda demi menjaga keselamatan negara!


Tag:

Hyundai Sime Darby Motors
Hyundai Frontliners Appreciation Programme
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih

Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.

11-06-2025
Kereta Baru

Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.

11-04-2023
Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto

Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise

17-09-2021
Berita Auto

Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.

19-08-2021
Kereta Baru

Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.

03-08-2021
Berita Auto

Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Program Jaminan Lanjutan yang eksklusif untuk model tertentu.

12-07-2021
Berita Auto

Bayaran Tempahan Diskaun RM200 Guna Platform Beli-belah Dalam Talian Hyundai!

Hyundai-Sime Darby Motors telah memperkenalkan platform beli-belah dalam talian

08-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026