Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Restoran 'Legend' Ferrari Dibuka Semula Selepas 2 Tahun – Jom Tengok Rekaan Dalamannya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Selepas dua tahun tidak beroperasi, restoran Itali milik Ferrari kini kembali.

 

Restoran yang berlokasi di Modena, Itali ini telah diberikan pembaharuan melalui kerjasama antara chef terkenal, Massimo Bottura dan arkitek Perancis, India Mahdavi.  Asalnya, restoran ini mula dikenali ramai kerana kerap dilawati oleh individu-individu berprofil tinggi atau VIP, namun, melalui pembaharuan yang telah dilakukan, pengurusan restoran berharap supaya ia bakal menjadi destinasi penting bagi sesiapa sahaja yang mencintai seni dan makanan.



Dibuka buat pertama kalinya pada tahun 1950 berhadapan  dengan kilang Ferrari, tapak restoran ini pada asalnya adalah sebuah kandang kuda.  Restoran ini menjadi tempat menjamu selera kegemaran pengasas Ferrari sendiri, Enzo Ferrari yang menjadikan ia tempat pertemuan dengan pelanggan-pelanggan VIP, pemandu F1 dan juga kerabat diraja.  Minat Enzo terhadap restoran ini cukup mendalam sehinggakan beliau dikatakan datang menikmati hidangan di sini dua kali dalam masa sehari sehinggalah kematiannya pada tahun 1988.  Setelah pemergian beliau, restoran ini terus beroperasi sebelum ditutup sepenuhnya pada tahun 2019.

Namun, penutupan restoran legenda ini bukanlah untuk selamanya, kini ia telah mula dibuka kembali dan diberikan nafas baharu.  


Berkenaan hidangan restoran ini, Bottura telah memberikan kepercayaan kepada ketua chef, Riccardo Forapani untuk menghasilkan menu. Forapani telah menerima latihan di Osteria Francescana, restoran milik Bottura sendiri. Menu tempatan yang dihasilkan diberikan sentuhan moden untuk kelainan.









Arkitek Paris, Mahdavi, berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ciri asal restoran dan dalam masa yang sama melakukan penaiktarafan bagi tahun 2021.  Ruang utama restoran ini menampilkan siling yang tinggi, dengan lantai terakota berwarna merah dan putih gading. Sementara itu, dindingnya diperbuat daripada kayu oak dengan kertas hias bercorakkan logo Ferrari. Bilik peribadi Enzo juga telah diperbaharui sepenuhnya, menjadikannya kelihatan baharu seolah-olah ketika era Enzo masih datang menikmati hidangan di sini.











Bahagian luarannya juga tidak diabaikan, konsep makan dalam taman diketengahkan hasil curahan idea arkitek lanskap, Marco Bay. Bukan itu sahaja, di tingkat atas restoran ini juga terdapat sudut balkoni, manakala atas bumbung restoran pula terdapat dua ruang santai peribadi. 




Ferrari Ristorante Cavallino kini dibuka tujuh hari dalam seminggu, dan tempahan meja boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Ferrari. Kalau berpeluang ke Itali, jangan lupa singgah bergambar depan restoran legend ini ya?

Gallery

Tag:

Ferrari
Cavallino Restaurant
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

29-10-2025
EV

09-10-2025
Global

08-10-2025
Global

10-09-2025
Global

20-08-2025
Global

03-07-2025
Berita Auto

01-07-2025
Global

01-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025