- Berita
- Berita Auto
- Gara-Gara Tak Puas Hati, 2 Pemandu "Bertinju" Di Tengah Lebuhraya
Gara-Gara Tak Puas Hati, 2 Pemandu "Bertinju" Di Tengah Lebuhraya

Suasana trafik di Kilometer 276 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Seremban dekat Nilai) semalam bertukar menjadi seperti gelanggang tinju apabila sebuah insiden perselisihan faham pemanduan (road rage) melibatkan sebuah kereta mewah Ferrari dan sebuah SUV Perodua Aruz tular di media sosial.
Rakaman video menunjukkan sebuah Ferrari berhenti di lorong paling kanan lebuh raya, manakala sebuah Perodua Aruz berada di lorong bersebelahan
Rakaman itu turut memaparkan dua individu dipercayai bergelut dan bertumbuk sebelum cuba dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi.
Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan antara pemandu kedua-dua kenderaan, namun punca sebenar masih belum dapat dipastikan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan pemanduan antara dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.
"Dalam kejadian itu, suspek dipercayai memukul mangsa sehingga terjatuh serta mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah terhadap mangsa," katanya.
Sehubungan itu, identiti suspek dan kenderaan yang terlibat telah dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
