Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo Cars Mengumumkan Jualan Global 56,883 Unit Kenderaan Pada Julai

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volvo Car mengumumkan jualan global sebanyak 56,883 kereta pada bulan Julai, namun momentum jualan dilihat merosot apabila ia mencatatkan 8.7 peratus lebih rendah daripada bulan Julai pada tahun lalu.

Penurunan jualan itu disebabkan jualan kenderaan yang agak rendah di Eropah namun prestasi jualan global dilihat kukuh pada Julai tahun lalu.

Syarikat itu juga tidak menolak bahawa jualan juga merosot akibat isu kekurangan bekalan semikonduktor.

Berdasarkan data, Volvo Car mencatatkan jualan sebanyak 437,640 unit kenderaan secara global pada tujuh bulan pertama tahun ini sekali gus menjadikan 31.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Menurut Volvo Car, sebanyak 25.5 peratus unit yang kenderaan yang dijual pada Julai adalah sebahagian daripada barisan Recharge.

Malah, di pasaran Eropah jualan kereta mencatatkan 43 peratus sepanjang bulan itu. Kebanyakan jualan kereta itu juga terdiri daripada barisan Recharge.

Berikutan itu, jualan di Amerika Syarikat (AS) juga dikatakan meningkat sebanyak 19.4 peratus apabila 11,575 kereta dijual pada Julai. Jualan di AS juga meningkat 42.3 peratus kepada 75,329 kenderaan pada tujuh bulan pertama pada tahun berkenaan.

China juga menunjukan peningkatan jualan kereta biarpun ia mencatatkan satu peratus apabila jualannya mencecah 14,550 kenderaan. Jualan juga meningkat 37 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama 2021.


Untuk makluman anda, XC60 dan XC90 merupakan model paling laris yang dijual di China dan AS.

Bagaimanapun, jualan di Eropah pada bulan Julai dilihat merosot kepada 22 peratus apabila hanya 22,408 kenderaan dijual berbanding Julai tahun lalu. Model paling laris yang dijual di Eropah ialah XC40 dan diikuti dengan XC60. 

Eropah mencapai jualan keseluruhan sebanyak 189,230 kenderaan pada tujuh bulan pertama tahun 2021



Tag:

Volvo XC40
Volvo XC90
Volvo XC60
Volvo Cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

09-01-2024
Berita Auto

30-01-2023
Kereta Baru

07-12-2022
Berita Auto

19-10-2022
Pandu Uji

Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022 - EV Pertama Volvo

Volvo Car Malaysia memberi peluang kepada semua media untuk menguji pemanduan model EV pertama mereka.

23-03-2022
Kereta Baru

XC40 Recharge T5 R-Design Dilancarkan

Ia kini sudah mula dipamerkan di sebuah pengedar Volvo.

25-02-2021
Pandu Uji

08-03-2026
Global

05-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026