Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bapa Sakit Jantung, Anak Pandu Kelisa Sampai Masuk Lobi HRPB

Suhana Veru

Kongsi melalui

Selepas kejadian seorang pemandu Myvi merempuh masuk ke dalam pasar raya, kini seorang pemandu lagi dilaporkan  memandu kereta secara melulu sehingga memasuki ruang lobi Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, kejadian itu berlaku gara-gara pemandu Perodua Kelisa berkenaan dikatakan terlalu panik dan cemas apabila melihat bapanya diserang sakit jantung.


Keadaan itu mendorong pemandu berkenaan memandu secara melulu sehingga memasuki perkarangan wad kecemasan hospital itu dengan harapan bapanya dapat dirawat dengan segera.

Mujur, tiada sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, kejadian itu menjadi tular di internet apabila satu klip video berdurasi 54 saat menunjukkan Kelisa berkenaan diparkir di dalam lobi hospital itu sebelum seorang lelaki dilihat keluar menjerit-jerit  meminta bantuan pihak hospital.


Seorang warga emas yang dalam keadaan lemah dilihat keluar dari Kelisa itu dan pasukan perubatan dilihat lantas membawa lelaki itu mendapatkan rawatan segera .

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kerana pemandu Kelisa terlalu panik kerana bapanya diserang sakit jantung. Keadaan itu menyebabkan dia merempuh masuk kawasan lobi hospital.


“Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak memandangkan tiada sebarang pelanggaran, kecederaan atau kerosakan harta awam,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Pada Khamis lalu, Caricarz melaporkan sebuah kereta Myvi merempuh masuk ke dalam sebuah pasar raya di Puchong, Selangor. Kejadian itu berlaku gara-gara pemandunya tertekan pedal minyak namun tiada sebarang kemalangan jiwa.


Tag:

kelisa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026