Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bacalar & Blower Yang Dihasilkan Dengan Buatan Tangan Adalah Contoh Pertama Untuk Pelanggan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bentley Motor dikatakan telah  melengkapkan unit pelanggan pertama siri Bacalar dan Blower yang mendapat sentuhan kerja tangan pasukan Bentley Mulliner.

Untuk makluman anda, setiap kereta itu adalah terhad untuk 12 unit sahaja. Bacalar yang dikenali sebagai 'Car One' akan dihantar kepada pemiliknya tidak lama lagi.

Blower adalah kereta pelanggan pertama dari siri kesinambungan sebelum perang dunia selain merupakan pembuatan semula oleh Sir Blower “Tim” Birkin 1929 “Blower” 4½ Liter supercharged.

Pengarah Bentley Mulliner dan Motorsport, Paul Williams berkata, pihaknya mengambil masa selama beberapa tahun dalam projek pembangunan dan reka bentuk jentera itu dimana ia kini memberi ganjaran yang luar biasa.

“Kereta ini adalah unik dan dibina sama dengan standard kualiti Bentley yang lain dan Mulliner sememangnya satu-satunya tempat di dunia yang mampu mereka cipta kereta lumba ikonik keluaran tahun 1929,” katanya.

Berdasarkan prototaip kejuruteraan mereka, Bentley Blower yang dikenali sebagai 'Car Zeroes', telah melakukan jarak tempuh, prestasi dan ujian iklim di pelbagai lokasi.

Sama seperti setiap kereta dalam dua siri yang terhad kepada 12 kereta contoh,  kereta pertama mempunyai setiap perincian yang ditentukan oleh pemiliknya.

“Saya begitu teruja untuk melakukan penghantaran kereta baharu pelanggan dan yakin akan menerima lebih banyak tempahan,” katanya.

Kereta Blower Continuation Siri pertama iaitu Blower Car One merupakan contoh reka bentuk klasik yang cemerlang yang berjaya disiapkan secara sempurna.

Pendaftaran nombor plat jentera itu UU 5872 dikatakan adalah Sir Tim Birkin. 

Apa yang menariknya, kereta itu masih dimiliki Bentley Motors dan digunakan pada setiap minggu.

Sama juga bagi kerangka badan Birkin Green Blower Car One yang dilengkapi dengan roda wayar yang berwarna sama manakala material kulitnya juga sama dengan warna bahagian dalaman.

Sementara itu, bumbungnya yang boleh dilipat itu hadir dengan warna hitam.

Sebaliknya jika dilihat secara mekanikal, kereta ini sama dengan jentera asli Birkin tetapi ia hadir dengan dua ciri keselamatan iaitu pam bahan bakar elektrik moden dan busa tangki bahan api.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan satu peranti yang dikenali sebagai dynator. Ia menawarkan sistem pengecasan yang paling berkuasa tetapi masih mengekalkan penampilan dinamo yang asal.

Menyentuh mengenai enjinnya, ia dilengkapi dengan reka bentuk baharu iaitu empat liter setengah Bentley, yang menampilkan piston aluminium, empat injap per silinder dan palam pencucuh berkembar.

Ia yang hadir dengan supercharger ikonik menyebabkan namanya diberikan sebagai Blower dan ia merupakan rekreasi tepat yang dihasilkan oleh jurutera terkenal, Amherst Villiers sekitar tahun 1920.

Reka bentuk enjin yang dikatakan telah berusia hampir 100 tahun itu mampu menghamburkan kuasa 240 kuasa kuda brek (bhp).

Beralih kepada Bacalar Car One, reka bentuk, material, warna dan kemasannya yang praktikal boleh dilihat di setiap permukaan dalaman dan luarannya.

Pertama sekali, kerangka badan yang menerima kemasan warna bespoke terletak di atas rim Bacalar Tri-Finish bersaiz 22 inci dengan gilapan warna kelabu satin gelap.

Sorotan yang sama juga dilihat pada jeriji hadapan, lampu hadapan, keliling krom kerangka  dan power hump di belakang.

Ia turut menerima kemasan berwarna hitam gloss di sekitar ventilasi bonet, sisi, bahagian bawah dan bampar belakang termasuk brek kaliper.

Bagi melengkapkan keseluruhan nilai estetika jentera ini, , bahagian belakang kereta dilengkapi dengan hujung ekzos yang  berkilat hitam dengan bahagian dalam Moss Green.


Menjengah bahagian dalamannya, kesemua tempat duduknya dibaluti dengan kulit Beluga.

Bukan sekadar itu sahaja, upholsteri diakhiri dengan jahitan yang agak berbeza memandangkan ia tampil dengan corak Bacalar unik.

Ia dipasangkan di tengah-tengah duduk bersertakan material kulit Nappa yang halus, manakala permaidani dihiasi dengan jahitan berbentuk berlian dengan ikatan jahitan Moss Green.

Perincian kabin lain yang terdapat pada jentera ini ialah kemasan berwarna kuning gangsa pada stereng, bezel sandaran kepala dan ventilasi atas.

Akhir sekali, kunci Bacalar Car One akan disajikan dalam kotak kunci yang ditempah awal!


Ketika pasukan Mulliner sedang meneruskan kerja-kerja pembuatan jentera itu, syarikat itu dikatakan telah mula melakukan penghantaran  Blower Car One dan Bacalar Car One.


Gallery

Tag:

Bentley
Bacalar
Blower
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

14-11-2025
EV

09-07-2025
Kereta Baru

28-11-2024
Global

12-11-2024
Global

03-10-2024
Global

11-09-2024
Global

25-07-2024
Global

19-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026