Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sejauh Mana Ia Mampu Terbang, Tunggu Jawapannya Pada Oktober Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Masa depan teksi terbang di Malaysia kelihatan masih kabur namun lain pula bagi negara jiran kita, Indonesia apabila ia dilaporkan bakal menguji teksi terbang pertamanya, Ehang 216 di Bali pada Oktober depan.

Untuk makluman anda, syarikat pengimport kereta Indonesia, Prestige Image Motorcars telah mengumumkan bakal membawa masuk EHang 216 yang dibangunkan  Guangzhou EHang Intelligent Technology Co pada awal April lalu. 


Oleh itu, syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menjalankan ujian penerbangan itu di Bali, Indonesia kerana ia dijangka akan menjadi sebahagian daripada tarikan terbaharu di pulau percutian berkelas dunia itu.

“Mengikut perancangan ia akan diuji di Bali pada Oktober ini namun, kami masih menguruskan prosedur kelulusan permit terbang dan lain-lain,” kata Presiden Pengarah Prestige Image Motorcars, Rudi Salim.

Ehang 216 yang dilengkapi dengan dua tempat duduk  mampu membawa muatan maksimum 220 kilogram dengan kelajuan 130 kilometer (km) sejam.


Ia memiliki lapan arms, dengan setiap satunya dipasang dua motor elektrik yang disambungkan ke propellers.

Ini  membolehkannya dipacu dalam kelajuan 130 km/j (kelajuan maksimum cecah 160 km/j), sementera bateri onboard pula mampu menempuh jarak pemanduan sekitar 35 km.

Lebih mengujakan ia tidak perlu memerlukan khidmat juruterbang untuk menerbangkan jentera ini selain menggunakan 100 peratus kuasa elektrik bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pelepasan asap.

Ia yang selebar 5.61 meter dan setinggi 1.77 meter mampu melakukan pelepasan dan pendaratan secara menegak. Ini bermakna ia tidak memerlukan ruang yang banyak untuk beroperasi. 


Menyingkap sejarah EHang 216, ia  dikatakan akan menjadi prototaip kenderaan terbang Malaysia yang pertama, Super Dron.

Ia sepatutnya diuji pada November 2021, tetapi perancangan tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan kenderaan terbabit tidak mendapat kebenaran untuk terbang oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Bagaimanapun, EHang 216 dikatakan sesuai digunakan sebagai pengangkutan moden untuk penduduk di bandar. 


Tag:

EHang 216
flying taxi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Berita Auto

Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?

04-05-2026
Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
Berita Auto

Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026