Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bekas Pengarah Rekaan Bentley, Stefan Sielaff Kini Naib Presiden Rekaan Global Geely!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely Auto Group, atau lebih dikenali sebagai Geely telah melantik Stefan Sielaff sebagai Naib Presiden Rekaan Global syarikat.  Sielaff menggantikan tempat Peter Horbury yang telah dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Rekaan bagi Group Lotus.



Berasal dari Gothenburg, Sweden, Sielaff membawa pengalaman selama 30 tahun beliau dalam dunia rekaan kepada syarikat Geely. Sebelum ini, beliau pernah bekerja dengan studio rekaan Audi, Mercedes-Benz dan Volkswagen Group.  Selain itu, pada tahun 2015, Sielaff juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Rekaan Bentley Motors.  Sielaff ditugaskan untuk memantau portfolio jenama Geely yang termasuklah Geely Auto, Geometry, Lynk & Co, di samping menyokong pembangunan jenama EV premium syarikat, Zeekr. 



Sebelum kehadiran Sielaff, Peter Horbury telah bersama dengan Geely sejak tahun 2011 dan terbabit dalam rekaan Geely 3.0 yang mana rekaannya telah membawa banyak perubahan baharu kepada syarikat. Peter juga pernah terbabit dalam pembangunan kereta Lynk & Co, Geometry dan Zeekr Brands. Beliau merupakan individy yang bertanggungjawab mewujudkan rangkaian studio Geely Design di negara Sweden, Spain, China dan Amerika Syarikat. 

 

"Kami sangat menghargai sumbangan dan dedikasi Peter Horbury kepada Geely selama 10 tahun ini.  Peter telah mengetuai salah satu pasukan global yang paling kreatif dalam industri automotif dan membantu Geely mentakrifkan semula imej jenamanya di peringkat global.  Dalam masa yang sama, kami juga mengalu-alukan kedatangan Stefan Sielaff ke dalam keluarga Geely.  Kami percaya dengan pengalamannya dalam rekaan selama bertahun-tahun, dapat membantu meningkatkan portfolio Geely Auto Group dengan sasaran utama untuk memberikan produk terbaik kepada pengguna," ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Holding Group, An Chonghui.




Tag:

#geely
Geely Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto
Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

19-01-2025
Berita Auto
DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.

17-12-2024
EV
PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

16-12-2024
EV
Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.

07-11-2024
EV
36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV
Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..

27-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026