Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PROTON Sasar Jualan Yang Tinggi Bagi 4 Bulan Terakhir 2021

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Berikutan penyambungan semula aktiviti pengeluaran, jualan dan eksport, PROTON menjangkakan jualan kereta akan kembali meningkat mulai bulan ini. Syarikat menyasarkan untuk menutup tirai tahun 2021 dengan pencapaian jualan yang tinggi. 

 




PROTON berjaya menjual sebanyak 5,354 unit kereta dari bulan Jun hingga Ogos baru-baru ini yang merangkumi jumlah pendaftaran dalam talian serta eksport.  Kilang PROTON yang berlokasi di Tanjung Malim terpaksa melakukan produksi yang terhad buat sementara waktu selepas pengisytiharan Perak sebagai negeri Fasa 2 pada 5 Julai kerana masalah kekurangan bekalan daripada pembekal di Selangor. 




Sehingga penghujung Ogos, jumlah jualan adalah sebanyak 63,637 unit, naik 1.6 peratus berbanding tempoh sama tahun 2020. 

 

"Jumlah jualan sehingga Ogos mencerminkan prestasi tinggi Proton dalam lima bulan pertama tahun ini. Tahun 2021 amat mencabar bagi industri automotif kerana perintah kawalan pergerakan, kekurangan bekalan cip dan beberapa isu lain yang merencatkan perkembangan jualan, namun kita yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini,"  ujar Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah. 




Selain itu, PROTON juga telah menyambung semula aktiviti untuk pasaran eksport. Ini termasuklah penghantaran Proton X70 (kira-kira 108 unit) ke Pakistan bulan ini. Turut dihantar ke negara itu ialah pek pemasangan tempatan (CKD) Proton Saga yang dijangka akan mula dipasang siap di sana pada akhir bulan Oktober.

 

"Antara kunci kepada kebolehupayaan syarikat untuk membuka semula kilang adalah atas kejayaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).


"Data terkini menunjukkan lebih 93 peratus daripada warga kerja Proton telah divaksinasi sepenuhnya manakala lebih 75 peratus pekerja dari pembekal dan wakil jualan juga telah mendapat vaksin penuh," katanya.




Ini bermakna ekosistem PROTON sudah semakin hampir dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti 100 peratus (berdasarkan SOP terkini).

 

"Selain dari pelanggan di pasaran Malaysia, pasaran eksport PROTON juga mendapat manfaat dari pembukaan semula aktiviti produksi.  Adalah terlalu awal untuk kita ketahui berapa cepat kita dapat penuhi tuntutan langganan yang belum dijelaskan, namun pihak kami berusaha merapatkan jurang saban hari.




"Sebagai tambahan, kejayaan program vaksinasi kami adalah penting demi prestasi bagi baki tahun ini.


"Dengan mempunyai tenaga kerja yang divaksin sepenuhnya, kita dapat memberi jaminan kepada pasaran bahawa PROTON telah mengambil setiap langkah yang diperlukan bagi memastikan pelanggan yang telah mendapatkan vaksinasi penuh turut dilindungi ketika melawat pusat pameran dan servis kami," katanya.

Gallery

Tag:

#proton
Perusahaan Otomobil Nasional
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Teknologi
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023
Berita Auto
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
Berita Auto
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.

23-12-2022
EV
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026