Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Boleh Rentas Negeri Sebaik Capai 90 Peratus Vaksinasi Dewasa

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik buat rakyat di negara ini!

Anda kini tidak perlu terkejar-kejar untuk mengisi minyak atau membeli makanan makanan sebelum pukul 10 malam.

Ini kerana mulai hari ini, kerajaan telah melanjutkan operasi perniagaan stesen minyak,  kedai runcit, pasar mini, restoran dan kedai serbaneka bermula dari 6 pagi hingga 12 malam.


Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam.

Susulan lanjutan operasi beberapa premis perniagaan itu, kerajaan turut bersetuju untuk membuka beberapa buah sektor seperti berikut: 


Semua sektor yang dinyatakan di atas dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

Bagaimanapun, diingatkan semua pengusaha,  operator dan pelawat supaya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

Apa yang penting sekali, pastikan anda telah lengkap menerima dua dos suntikan! 

Kenyataan itu turut menyebut  bahawa kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.


Di sebalik pembukaan beberapa operasi ini, pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan lagi.

Anda hanya akan dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.


Biarpun keputusan ini tidak disukai oleh rakyat, namun ia jalan terbaik memandangkan lonjakan kes harian Covid-19 masih belum menunjukkan trend penurunan yang ketara.

Patuhi SOP, penjarakan jarak sosial dan sentiasa memakai pelitup muka. 

Garis panduan yang disediakan ini bukanlah untuk suka-suka semuanya bersebab.

Ingatlah, jika tiada keperluan, duduk sahaja di rumah!


Tag:

SOPs
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026