Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tindakan Menguji Kelajuan Kenderaan Secara Haram Akhirnya Membawa Padah!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Keempat-empat pemandu kereta Sport ini mampu membeli kenderaan mewah yang benilai ratusan ribu ringgit namun seolah-olah  “tiada otak” kerana sanggup menjadikan jalan raya  sebagai litar lumba untuk melepaskan gian ketika hujung minggu.

Nampaknya, sejak kerajaan memberi  kelonggaran kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, macam-macam perangai netizen sekarang!

Antaranya, kegiatan empat pemandu mewah ini. Pakai kereta mewah tetapi lumba haram dengan lawan arus! Lain macam aktiviti orang kaya sekarang.


Bagaimanapun, aktiviti haram pemandu ini berjaya dihidu Unit Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Kuala Lumpur  ketika menjalankan Operasi Khas Samseng Jalanan pada Sabtu lalu.

Hasil risikan polis mendapati keempat-empat pemandu ini sebenarnya sanggup menggadaikan nyawa pemandu lain semata-mata mahu menguji kelajuan kereta masing-masing.

Apa lagi yang tidak puas hati? Kereta mewah memang sahlah laju! 

Pada mulanya, pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 dipandu secara melawan arus didapati berlumba secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar, Kuala Lumpur.


Tidak lama kemudian, dua lagi kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 didapati melakukan aksi sama.


“Pasukan polis mendapati kumpulan ini memecut laju bermula dari KM47.8 hingga ke KM 47.7 lebuh raya berkenaan dan melawan arus di susur keluar dan menghala semula ke tempat permulaan dengan aksi sama sebanyak tiga pusingan.

"Semua suspek kemudiannya dilihat memberhentikan kenderaan di kawasan parkir R&R Awan Besar sebelum mereka diberkas,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain. 


Semua suspek dikatakan berusia antara 24 hingga 34 tahun. 

Kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tag:

illegal racing
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026