Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aston Martin Kuala Lumpur membawakan gaya baharu untuk Aston Martin Vantage yang kini menggunakan warna Liquid Crimson dan juga dengan pilihan gril depan berbentuk "Vaned."








Gril dengan rekaan ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya bagi meraikan ulang tahun yang ke-70 model Vantage yang telah digunakan pada banyak Aston Martin yang terkenal. 

 

Jika dibandingkan dengan rekaan Vantage  terdahulu yang pernah diperkenalkan oleh Aston Martin KL, reka bentuk baharu ini tampak lebih lembut dan halus. 

 

Gril depan "Vaned" kereta ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu perak (Silver) dan hitam. 

 

Selain itu,  Aston Martin Vantage Liquid Crimson  turut didatangkan bersama-sama dengan pilihan yang ditawarkan pada Aston Martin Lagonda iaitu Black Wings Badges dan rim Snowflake bersaiz 20 inci. 

 

Kemasan yang digunakan untuk kabin kereta ialah balutan kulit Caithness yang ditawarkan dalam sama ada satu tona atau dua tona.  Untuk dua tona, pilihan warna yang ditawarkan ialah gabungan warna Obsidian Black dan Lords Red.

 




Untuk pengetahuan pembaca, unit khas kereta ini terus terjual sebaik tiba di Malaysia kepada pemilik beberapa institusi pendidikan negara, Datuk Idrus Mohd Satha.

 

Harga untuk  Aston Martin Vantage bermula daripada RM 678,000, manakala Aston Martin Vantage Liquid Crimson pula daripada RM 851,000. Harga ini tidak termasuk duti dan cukai. 

 

Selain ini, ada dua lagi unit siri Vantage dengan gril vaned yang akan diperkenalkan untuk jualan.  Untuk makluman anda, tempoh menunggu yang minimum ialah selama 8 bulan. 

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut, boleh kemukakan soalan kepada astonmartinkl.enquiries@wearnes.com

Gallery

Tag:

Aston Martin Kuala Lumpur
Aston Martin Vantage
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

AMKL Lancar Aston Martin Vantage, 1 Unit Setiap Edisi – Iron Wolf & Midnight Viper

Aston Martin Kuala Lumpur lancar Iron Wolf dan edisi Midnight Viper.

01-09-2023
Kereta Baru

Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta

Aston Martin DB12 akhirnya tiba di Malaysia. Ini spesifikasinya...

28-07-2023
Kereta Baru

Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!

Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.

24-05-2022
Berita Auto

Aston Martin Vantage Hunter Edition Diperkenalkan - Harga RM880K

Aston Martin Kuala Lumpur perkenalkan kepada umum unit kustom Aston Martin Vantage Hunter Edition yang ditawarkan pada harga RM880K.

27-12-2021
Berita Auto

Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!

Aston Martin Kuala Lumpur telah merasmikan kedatangan Aston Martin DBX.

27-09-2021
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025
Berita Auto

Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Jazeman bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Super GT yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang , pada 26 hingga 28 Jun ini.

02-05-2025
Kereta Baru

Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta

Aston Martin Vantage baharu ditawarkan di pasaran dengan harga bermula daripada RM2.37 juta. Ini spesifikasinya...

10-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026