Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aston Martin Vantage Hunter Edition Diperkenalkan - Harga RM880K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aston Martin Kuala Lumpur perkenalkan kepada umum unit kustom Aston Martin Vantage Hunter Edition yang ditawarkan pada harga RM880K.

 



Pengeluaran unit kustom Vantage ini merupakan tanda pencapaian penting Aston Martin selepas pengeluaran edisi-edisi kustom lain seperti the DBS Superleggera Pentland Green, DBX Arden Green dan Vantage Dark Knight.



Edisi kustom kali ini menggunakan warna kelabu China atau China Grey yang diinspirasikan daripada semangat 'hunter' atau pemburu. Pengeluar kereta mewah, Aston Martin menjelaskan, tona kelabu melambangkan kepintaran manakala tona yang lebih gelap pada bahagian luar kereta melambangkan karakter agresif dan tegas seorang pemburu.


Antara sudut yang diwarnakan dengan warna gelap ialah bahagian gril depan, corong pada bonet, panel bumbung, kemasan di sekitar tingkap, perumah cermin sisi serta peresap udara belakang. Sementara itu, rim kereta yang bersaiz 21 inci pula berwarna Satin Black.



Bergerak ke bahagian dalam, ciri mewah kereta terserlah melalui bahan kemasan yang digunakan dan rekaan keseluruhan kabin kereta. Susun atur kokpitnya juga berorientasikan kepada pemandu untuk pengalaman pemanduan yang lebih imersif.

 

Ciri penting yang terdapat pada ruangan kabin kereta ini ialah pedal gear yang bergaya sporty, upholsteri  berwarna Onyx Black dan Chancellor Red, sistem audio khas Aston Martin serta skrin LCD 8 inci dengan teknologi navigasi satelit. Selain itu, turut terdapat pakej 'jewellery' yang merangkumi kemasan berwarna Dark Satin Chrome.



Aston Martin Vantage ditawarkan pada harga serendah RM 678,000.00 untuk model asas, manakala Aston Martin Vantage The Hunter Edition pula berharga RM 880,000.00 (harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk duti dan cukai) dengan jaminan dan servis selama lima tahun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi +60 3 2163 1196 atau hantarkan emel kepada [email protected]


Gallery

Tag:

Aston Martin Kuala Lumpur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
AMKL Lancar Aston Martin Vantage, 1 Unit Setiap Edisi – Iron Wolf & Midnight Viper

AMKL Lancar Aston Martin Vantage, 1 Unit Setiap Edisi – Iron Wolf & Midnight Viper

Aston Martin Kuala Lumpur lancar Iron Wolf dan edisi Midnight Viper.

01-09-2023
Kereta Baru
Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta

Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta

Aston Martin DB12 akhirnya tiba di Malaysia. Ini spesifikasinya...

28-07-2023
Kereta Baru
Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!

Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!

Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.

24-05-2022
Berita Auto
Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!

Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!

Aston Martin Kuala Lumpur telah merasmikan kedatangan Aston Martin DBX.

27-09-2021
Berita Auto
Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!

Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!

Aston Martin Kuala Lumpur membawakan gaya baharu untuk Aston Martin Vantage.

02-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026