Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Rolls-Royce Buat Pengumuman Bersejarah!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Perhatian! Rolls-Royce Motor Cars baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian kenderaan elektrik penuh pertama miliknya tidak lama lagi.

Dinamakan sebagai Spectre merupakan edisi pertama yang akhirnya dikatakan telah merealisasikan ramalan awal, pengasas Royce, Charles Rolls dan Henry Royce dimana mereka yakin bahawa kenderaan elektrik Royce akan wujud satu hari nanti.

“Kereta yang dicipta mereka diperkenalkan kepada dunia. Ia menawarkan pengalaman kemewahan sebenar dan menjamin bahawa Rolls-Royce berada di tempat yang tiada tandingan.

“Selepas 117 tahun, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa akan memulakan ujian kereta  luar biasa ini yang akan meningkatkan revolusi kereta elektrik di seluruh dunia selain merupakan ciptaan pertama, terbaik dan produk yang amat mewah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Muller-Otvos.


Menurutnya, ia bukan sebuah kereta prototaip sebaliknya ialah kereta sebenar. 

“Ia akan diuji dan kami akan melakukan penghantaran jentera pertama pelanggan  selewat-lewatnya suku keempat tahun 2021,” katanya.

Penggunaan motor elektrik nampaknya tidak asing bagi jenama ini memandangkan Sir Henry Royce pernah mencipta dynamo dan kren elektrik selain pernah mempatenkan lampu gaya bayonet.


Bagaimanapun, jenama ini dikatakan semakin merosot dalam dunia tenaga elektrik untuk seketika sebelum kemunculan kereta elektrik Phantom 102EX pada tahun 2011 dan juga 103EX pada 2016.

Begitupun, tiada banyak maklumat mengenai Spectre namun ia dijangka di bawa masuk ke pasaran pada suku pertama tahun 2023.

Percaya atau tidak, Spectre ini akan menjalani ujian ekstensif sejauh lebih 2.5 juta kilometer yang menggambarkan simulasi penggunaan selama 400 tahun.

Fuh, hebat kan?

Beberapa laporan turut mengatakan bahawa dengan pelancaran Spectre, Rolls-Royce  akan dijana elektrik secara sepenuhnya pada tahun 2030.

Selepas itu, jenama itu tidak akan menghasilkan  atau menjual sebarang produk enjin pembakaran dalaman.


Tag:

Rolls-Royce Motor Cars
Rolls-Royce Spectre
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Pelantikan Emma Begley Sebagai Pengarah Komunikasi Global Baharu Rolls-Royce Motor Cars

Rolls-Royce Motor Cars telah melantik Emma Begley sebagai Pengarah Komunikasi Global baharu.

01-07-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026