- Berita
- Kereta Baru
- Penambahbaikan Baharu Kini Terdapat Pada Range Rover Velar 2021
Land Rover baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya telah mengemas kini beberapa penambahbaikan ke atas jentera mewahnya, Range Rover Velar 2021.

Antaranya ialah siri pilihan warna baharu, ciri keselamatan, keselesaan serta terdapat model edisi terhad.
Berasal dari perkataan Latin, Aurum merupakan Range Rover Velar Edisi Auric yang telah dilancarkan di Eropah baru-baru ini.
Berdasarkan varian R-Dynamic S, penambaikan baharu ini hadir dengan trim Auric Atlas pada gril, lencana, bonet dan terdapat liang ventilasi pada fender hadapan.
Bagi melengkapkan lagi kesempurnaan kereta mewah ini, ia juga dipadankan dengan rim aloi Mercurial Gloss Sparkle Silver bersaiz 20 inci, cermin privasi selain pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan rim Pincer bersaiz 22 inci dan bumbung yang berwarna kontra.

Menyentuh mengenai ruang dalamannya, kenderaan ini didatangkan dengan sistem Cabin Air Purification Plus yang meningkatkan kualiti udara untuk penumpangnya.
Malah, Cabin Air Ionisation juga turut ditambah baik dengan sistem penapisan PM2.5 sebelum ini. Sistem baharu ini membolehkan udara luaran udara segar masuk dari luar ke dalam kabin apabila tahap CO2 menurun ke peringkat tertentu.
Purify Cycle turut ditambah sebagai ciri standard dimana ia mampu membersihkan udara di dalam kenderaan. Malah, pemandu juga boleh memilih untuk menjadualkan proses pembersihan udara selain terdapat penyaman udara dengan kawalan iklim.
Pengguna juga boleh memantau kualiti udara menerusi skrin sentuh di bahagian tengah.
Ciri lain yang terdapat pada jentera ini ialah sambungan Apple CarPlay dan sistem Android Auto, Skrin Paparan Pemandu Interaktif dengan sistem bantuan pemandu termaju dimana ia kini merangkumi kamera belakang dan Kawalan Pelayaran Adaptif dengan Bantuan Stereng.

Berbalik kepada warnanya, ia didatangkan dengan tiga pilihan warna baharu: Ostuni Pearl White, Santorini Black dan Charente Grey, eksklusif untuk Edisi Auric.
Lebih menarik, para pelanggan boleh memperibadikan Velar mereka dengan pilihan SV Bespoke Premium Palette yang menawarkan warna seperti perang Tourmaline, Kelabu Ungu - Amethyst dan Biru Petrolix.
Range Rover Velar 2021 akan dijual pada harga £45,925 (RM265,135) di United Kingdom, manakala Edisi Auric kini boleh didapati di Jerman pada harga €70,085 (RM347,424).
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
