Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Tiga Baris Tempat Duduk Buat Kemunculan Semula

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bermaz Motor Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mazda di Malaysia memperkenalkan model Mazda CX-9 serba baharu baru-baru ini.

Mazda ini dilihat lebih memfokuskan kepada ciri praktikal namun ia masih mengekalkan penggayaan dan pengalaman pemanduan yang terbaik!



Untuk model keluaran tahun ini, CX-9 menerima satu senarai penambaikan termasuk Edisi Ignite yang  memadankan rona hitam kilat pada perumah cermin sisi, reka bentuk gril hadapan baharu, rim aloi hitam metalik 20 inci.


Menjengah bahagian dalaman pula, ruang kabin pula kelihatan premium dengan kerusi material kulit berwarna Burgundy dan trim hitam pada papan pemuka, pemegang dan panel pintu.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) baharu ini hadir dengan enjin SkyActive-G 2.5 Turbo selain digandingkan dengan pacuan dua roda atau i-Activ  AWD yang mampu menjana kuasa 228 kuasa kuda dan tork 420 Nm.

Kuasa itu disalurkan ke kotak gear dengan enam kelajuan automatik bersama sistem G-Vectoring Control Plus yang merupakan salah satu ciri standard. Antara penambahbaikan yang ditingkatkan ialah ciri tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, Pengecas Tanpa Wayar dan penukaran gear.

Sistem keselamatan i-Activeness kini terdiri daripada Sokongan Brek Pintar dan Pelayaran Radar Mazda yang hadir dengan lampu hadapan LED adaptif, Kawalan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik di Belakang, Amaran Penukaran Laluan dan Bantuan Kekal Lorong.

Ia juga dilengkapi dengan Amaran Perhatian Pemandu, Sokongan Brek Pintar, 10 larasan tempat duduk pemandu dengan ciri memori, stereng dan tombol gear dibaluti dengan kulit.

Malah, ia juga kini dipadankan dengan kawalan penyaman udara tiga zon, lampu nyalaan siang dan lampu belakang jenis LED termasuk pengelap cermin automatik.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai Edisi Ignited. Edisi ini adalah model import (CBU) dari Jepun.

Ia hadir dengan enam pilihan warna: Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Deep Crystal Blue dan  Jet  Black. 

Harga bermula dari RM319,847.40 dan termasuk  Pengurangan Cukai Jualan (SST) sebanyak 50 peratus (model CBU). 

Bagaimanapun, pelepasan cukai itu adalah sehingga 31 Disember ini.

Model ini juga mendapat jaminan pengeluar selama lima tahun, penyelenggaraan percuma lima tahun dan had perbatuan 100,000 kilometer.


Tag:

Mazda CX-9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-02-2023
Global

25-01-2023
Gambar

08-02-2021
Berita Auto

19-10-2020

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026