Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Penambahbaikan Baharu Kini Terdapat Pada Range Rover Velar 2021

Suhana Veru

Kongsi melalui

Land Rover baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya telah mengemas kini beberapa penambahbaikan ke atas jentera mewahnya, Range Rover Velar 2021.


Antaranya ialah siri pilihan warna baharu, ciri keselamatan, keselesaan serta terdapat model edisi terhad.

Berasal dari perkataan Latin, Aurum merupakan Range Rover Velar Edisi Auric yang telah dilancarkan di Eropah baru-baru ini.

 Berdasarkan varian  R-Dynamic S, penambaikan baharu ini hadir dengan trim Auric Atlas pada gril, lencana, bonet dan terdapat liang ventilasi pada fender hadapan.

Bagi melengkapkan lagi kesempurnaan kereta mewah ini, ia juga dipadankan dengan rim aloi Mercurial Gloss Sparkle Silver bersaiz 20 inci, cermin privasi selain pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan rim Pincer bersaiz 22 inci dan bumbung yang berwarna kontra.


Menyentuh mengenai ruang dalamannya, kenderaan ini didatangkan dengan  sistem Cabin Air Purification Plus yang meningkatkan kualiti udara untuk penumpangnya.

Malah, Cabin Air Ionisation juga turut ditambah baik dengan sistem penapisan PM2.5 sebelum ini. Sistem baharu ini membolehkan udara luaran udara segar masuk dari luar ke dalam kabin apabila tahap CO2 menurun ke peringkat tertentu.

Purify Cycle turut ditambah sebagai ciri standard dimana ia mampu membersihkan udara di dalam kenderaan. Malah, pemandu juga boleh memilih untuk menjadualkan proses pembersihan udara selain terdapat penyaman udara dengan kawalan iklim.

Pengguna juga boleh memantau kualiti udara  menerusi skrin sentuh di bahagian tengah.

Ciri lain yang terdapat pada jentera ini ialah sambungan Apple CarPlay dan sistem Android Auto, Skrin Paparan Pemandu Interaktif dengan sistem bantuan pemandu termaju dimana ia kini merangkumi kamera belakang dan Kawalan Pelayaran Adaptif dengan Bantuan Stereng.


Berbalik kepada warnanya, ia didatangkan dengan tiga pilihan warna baharu: Ostuni Pearl White, Santorini Black dan Charente Grey, eksklusif untuk Edisi Auric.

Lebih menarik, para pelanggan boleh memperibadikan Velar mereka dengan pilihan SV Bespoke Premium Palette yang menawarkan warna seperti perang Tourmaline,  Kelabu Ungu - Amethyst dan Biru Petrolix.

Range Rover Velar 2021 akan dijual pada harga £45,925 (RM265,135) di  United Kingdom, manakala Edisi  Auric kini boleh didapati di Jerman pada harga €70,085 (RM347,424).


Tag:

Range Rover Velar
Range Rover Velar Auric Edition
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026