Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz C-Class All-Terrain: Menyerlah & Serba Boleh!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-Benz baru-baru ini telah mendedahkan C-Class All-Terrain untuk tatapan ramai. Model ini bakal dilancarkan secara rasminya di International Motor Show, Munich bulan ini sebelum mula memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi.



Antara ciri yang menarik perhatian ialah penggunaan gril radiator hadapan yang menonjol, bampar khas, skid plate depan dan belakang serta cladding plastik berwarna hitam pada arka roda.

 

"Lebih daripada 10.5 juta unit C-Class telah terjual sejak tahun 1982, menunjukkan betapa popular C-Class dalam kalangan pelanggan kami. Generasi terbaharu ini menunjukkan permulaan yang baik kerana menerima lebih daripada 50,000 tempahan dalam masa hanya tiga bulan.  Dengan C-Class All Terrain, kami menambah varian terbaharu kepada barisan segmen yang berjaya ini bersama-sama dengan model lain iaitu Saloon dan Estate," ujar Ahli Lembaga Pengurusan Daimler AG dan Mercedes-Benz AG yang bertanggungjawab atas urusan jualan, Britta Seeger. 



All-Terrain berdiri pada kepanjangan 4,755 mm, dengan kelebaran 1,841 mm dan ketinggian 1,494 mm. Jarak antara rodanya ialah 2,865 mm.  Model ini memiliki kapasiti muatan antara 490 ke 1510 liter yang mana kerusi belakang untuk model Estate boleh dilipat dengan nisbah 40:20:40 serta lengkap dengan pintu but EASY-PACK secara standard. 



Antara ciri menarik pada bahagian luar kereta ialah penggunaan gril radiator single-louvre dengan elemen kemasan berwarna krom, serta bampar depan berwarna hitam.  Pelanggan boleh memilih sama ada ingin menggunakan rim eksklusif bersaiz 17 atau 19 inci. 

 

Lampu depan berprestasi tinggi LED didatangkan secara standard, namun anda boleh juga memilih ciri tambahan lain iaitu sistem DIGITAL LIGHT yang terdapat pada S-Class. 

 

Ciri luaran AVANTGARDE dapat dilihat pada penggunaan kemasan aluminium untuk garisan tengah badan kereta, cermin dan railing bumbung.  Namun sekiranya anda mendapatkan Night Package, anda akan mendapat ciri tambahan lain (E-line, waistline, outside mirrors) dan elemen kemasan pada bahagian depan dan belakang (skid plate depan dan belakang, pelindung ambang muatan) berwarna hitam.

 

Kabin dalaman AVANTGARDE didatangkan secara standard untuk kesemua model All-Terrain.  Pelanggan boleh memilih daripada tiga warna yang ditawarkan iaitu hitam, beige/hitam macchiato  dan coklat/hitam sienna.  Bagi skrin paparan pemandu, pelanggan diberikan pilihan sama ada ingin menggunakan versi 10.25 inci (26.0 cm) atau 12.3 inci (31.2 cm).  

 

Tahukah anda bahawa konteks "Offroad" sebenarnya telah direka untuk All-Terrain? Ciri offroad yang dimaksudkan adalah merangkumi kecondongan stereng, koordinat geo dan kompas.



All-Terrain didatangkan dengan enam mod pemanduan iaitu ECO, COMFORT, SPORT, INDIVIDUAL, OFFROAD dan OFFROAD+ bersama dengan fungsi DSR (Downhill Speed Regulation).

 

Dengan pacuan semua roda 4MATIC yang didatangkan secara standard serta kapasiti menunda sebanyak 1800 kg, model ini mampu mengendalikan operasi sebuah treler.  Yang menariknya, model ini juga menggunakan sistem transmisi automatik 9 kelajuan!

 

Pelanggan yang berminat juga boleh memilih sama ada model enjin petrol atau diesel.  C 200 4MATIC All-Terrain didatangkan dengan enjin petrol 4 silinder baharu (M 254) bersama-sama starter-generator bersepadu generasi kedua (ISG) yang boleh memberikan kuasa sehingga 204 hp dan tujahan 300 Nm.  Ini membolehkan kereta memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 231 km/j.

 

Sementara itu, C 220 d 4MATIC All-Terrain pula dilengkapi dengan enjin diesel 4 silinder (OM 654 M) yang boleh menghamburkan kuasa sehingga 200 hp dengan tork 440 Nm.  Kereta mampu membuat pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan tertinggi mencecah 231 km/j.

Tag:

Mercedes-Benz C-Class
Mercedes-Benz C-Class All-Terrain
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru
Kelas-C Baharu Itu Dilancarkan Di Bawah Rangkaian Pengeluaran Global Mercedes-Benz

Kelas-C Baharu Itu Dilancarkan Di Bawah Rangkaian Pengeluaran Global Mercedes-Benz

Rangkaian Pengeluaran Global Mercedes-Benz (GPN) melancarkan model baharunya, Kelas – C. Pemasangan model ini menggunakan teknologi pengeluaran digital yang canggih dan penyelesaian Industri 4.0 yang pandang ke hadapan.

26-04-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026