Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Servis Ini Adalah Yang Pertama Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengedar rasmi Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MM) mengorak setapak ke hadapan apabila melancarkan  Home Delivery Service (Servis Penghantaran ke Rumah) yang hanya ditawarkan kepada para pelanggan yang menetap di Lembah Klang.

Ini bermakna  kereta baharu pelanggan akan dihantar dengan menggunakan trak pengangkut sehingga ke pintu rumah pelanggannya.

Apa yang menarik, syarikat berkenaan dikatakan merupakan syarikat automotif yang pertama menawarkan proses pembelian dalam talian yang bermula dari tontonan virtual 360, Pandu Uji , Bantuan Tempahan, Jualan Semula Bagi Pembelian Baharu sehingga  Penghantaran Kereta ke Rumah Pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, pihaknya mahu menawarkan satu pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembelian secara dalam talian.

“Kami mahu menawarkan sesuatu yang berbeza dalam pengalaman pemilikan kenderaan. 

“Oleh itu, kami menawarkan pusat sehenti servis digital daripada tontonan kenderaan 360º melalui bilik pameran maya, membuat tempahan Pandu Uji 2U, melengkapkan proses pembelian akhir secara atas talian seperti tempahan dan tukar beli  termasuk penghantaran  kenderaan baharu ke rumah pelanggan,” katanya.

Bagaimanapun, servis terbaharu ini hanya ditawarkan kepada pelanggan Lembah Klang yang sudah membuat tempahan atau mendaftar secara online menerusi https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/.

Malah, bagi pelanggan yang sudah mendaftar dan menempah model Triton dengan kod promo 4SUREBELI di Mitsubishi Online Showroom akan menerima jaket North Face edisi terhad. 

Tawaran ini telah bermula hari ini sehingga 31 Disember ini. 

Gallery

Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2026
Kereta Baru

06-03-2026
Berita Auto

26-09-2025
Global
Berita Auto
Pandu Uji

04-10-2024
Global

06-08-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026