Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mujur, Anggota Trafik Itu Tidak Mengalami Kecederaan Serius

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang anggota polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas terlentang di atas jalan raya gara-gara dirempuh dengan kuat oleh seorang penunggang motosikal di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan, Subang Jaya semalam.

Penunggang motosikal berkenaan yang keluar dari satu selekoh dilihat menoleh ke belakang bagi membolehkan dia menukar lorong ketika keadaan jalan raya sesak.

Sebaliknya, dia  terlanggar seorang anggota polis trafik yang sedang berdiri bersebelahan motosikalnya di jalan keluar dari selekoh terbabit.


Susulan pelanggaran itu, anggota trafik berkenaan dilihat terjatuh bersama dengan motosikalnya, manakala topi keledarnya turut terpelanting.

Anggota trafik itu bernasib baik kerana tidak digilis oleh mana-mana kenderaan memandangkan beberapa pemandu jalan raya sempat memperlahankan kenderaan mereka.

Kejadian yang dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi kejadian kini menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mengesahkan kejadian itu.

"Atas dasar simpati, anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap insiden yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian," katanya.

Ingat rakan-rakan semua, jalan raya bukan kita seorang sahaja yang guna. Jadi, berhati-hatilah dan jangan sampai meragut nyawa orang tidak bersalah.


Tag:

Traffic Jam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Aidilfitri : 14 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Lebuh Raya

Orang ramai disarankan supaya pulang ke kampung lebih awal.

18-04-2022
Berita Auto

Sempena Ketibaan Puasa, Qing Ming, Aliran Trafik Dijangka Sesak

Bilangan kenderaan dijangka akan bertambah pada hujung minggu ini.

01-04-2022
Berita Auto

50,000 Kenderaan Akan Serbu Kelantan Hujung Minggu Nanti! Ini Solusi Untuk Elak Kesesakan...

Polis menjangkakan lebih 50,000 kenderaan akan memasuki negeri Kelantan hujung minggu ini.

13-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026