Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi mengembangkan portfolio kenderaannya, Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) bekerjasama dengan Jiangliang Motors Co., Ltd (JMC) bersedia  melancarkan trak pikap JMC Vigus Pro 4x4.

“Kami berbesar hati mengumumkan selepas 12 bulan bekerja keras, Angka-Tan Motor dengan kerjasama Jiangling Motors Co Ltd kini bersedia memperkenalkan pesaing dalam segmen trak pikap.

"Trak pikap JMC Vigus Pro 4x4 yang bergaya dan berteknologi tinggi ini sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China. Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap seluruh Malaysia.,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng.

Dipilih sebagai pengedar rasmi, JMC memberikan hak  kepada ATM untuk membuat, mengilang, memasang dan menjual trak pikap JMC Vigus Pro 4x4, termasuk alat ganti dan komponen model itu di Malaysia.

“Sebagai pengeluar dan pengeksport kenderaan komersial ringan utama di China, kami teruja untuk menawarkan trak pikap  versatil yang dilengkapi teknologi terkini kepada pengguna di Malaysia.

"JMC merupakan jenama kedua paling laris dalam segmen trak pikap di China sejak beberapa tahun lalu.

"Kami ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Angka-Tan Motor sebagai pengedar rasmi JMC Vigus Pro 4×4 dan kami sangat menghargai sokongan Warisan TC dalam menjadikan kerjasama ini sebagai satu realiti,” kata Presiden Jiangling Motors Co., Ltd., Xiong Chunying.

 ATM berhasrat untuk menawarkan JMC Vigus Pro 4x4  di 13 cawangan jualan dan servis seluruh negara.

Harga dan spesifikasi penuh JMC Vigus Pro 4x4 akan didedahkan pada bulan ini.

Bagaimanapun, beberapa spesifikasi penting mengenai JMC Vigus Pro 4x4 telah didedahkan terutamanya dari segi prestasinya.

Di bawah hud, ia dijana dengan enjin 4-silinder turbo diesel 2.0L TDI bersama teknologi injap variabel VGT sekali gus mampu menghasilkan  139 kuasa kuda @ 3,600rpm dan tork 340Nm @1,500-2,600rpm.

Malah, ia dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF bersama mod manual, manakala dalam konfigurasi pacuan empat roda, 4WD BorgWarner pula digandingkan dengan mod 2H, 4H dan 4L. 

Untuk makluman, ia juga dilengkapi dengan Kunci Diferensial Belakang (Rear Differential Lock, RDL) yang dibekalkan Eaton.

Selain itu, ia turut menawarkan penjimatan bahan api, 7.8 liter pada setiap 100km.

Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh melihat  trak pikap ini di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.jmcmalaysia.com dan ikuti perkembangan JMC Malaysia di https://www.facebook.com/jmcmalaysiaofficial.



Gallery

Tag:

Angkat-Tan Motor
Jiangling Motors Co.
JMC Vigus Pro 4x4 Pick-up Truck
ATM
JMC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial

10-05-2024
Kereta Baru

Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!

Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro.

13-10-2021
Berita Auto

Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial

10-05-2024
Berita Auto

TC Trucks Buka Bilik Pameran Baharu Di Johor Bahru

TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) melancarkan bilik pameran yang berkonsepkan terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru baru-baru ini.

23-03-2022
Kereta Baru

Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!

Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro.

13-10-2021
Berita Auto

Terowong Menora: Trak ATM Masuk Gaung, Seorang Anggota ATM Terkorban

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Perak semalam.

02-10-2025
Berita Auto

Nasib Semua Selamat!

Empat hanya cedera selepas dirempuh kereta kebal ATM.

10-08-2023
Berita Auto

Brek Lori Rosak Punca Lori ATM Rempuh Tembok Tol

Sebuah AT yang dalam perjalanan membawa 13 Parajurit Muda melanggar tembok batu pemisah lorong tol di Kilometer 7.1 Plaza Tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

17-12-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru