Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

30 Meja Pool Bugatti Bakal Dihantar! Ini Yang Didatangkan Sekali Dengan Pembelian...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Awal tahun ini, Bugatti dan pengeluar gentian karbon terkemuka,  IXO® (Iconic Xtrem Objects), telah berkolaborasi untuk memperkaya koleksi Bugatti Lifestyle dengan meja pool eksklusif yang dihasilkan daripada bahan-bahan seperti gentian karbon, aluminium, titanium dan kulit. 

 

Pelanggan pertama yang akan menerima lesen rasmi Bugatti Pool Table yang dilengkapi plat unik menunjukkan logo ikonik EB serta ukiran nombor edisi 1/30 ialah pembeli dari Amerika Syarikat.  Tanda 1/30 itu sendiri menonjolkan lagi keunikan produk. 



Sebelum dihantarkan kepada pelanggan pertama, foto Bugatti Pool Table ini telah diambil oleh pengeluarnya yang berpangkalan di Sepanyol.

 

Semestinya, produk ini didatangkan dengan kelengkapan percuma lain seperti penyokong cue daripada gentian karbon yang dipasang pada dinding, skrin sentuh beresolusi tinggi 13 inci yang digunakan untuk melihat skor dan juga mengawal meja serta lampu. 



Di samping itu, didatangkan bersama ialah cue pool daripada gentian karbon dengan hujung aluminium yang dihasilkan daripada mesin CNC, rekaannya sama seperti butang pada Bugatti Chiron dan Divo. 



"Satu keseronokan bagi kami kerana dapat menyaksikan contoh pertama Bugatti Pool Table yang disiapkan oleh IXO®. Kerjasama dengan rakan kongsi pengeluar yang serasi dengan kualiti dan nilai Bugatti dari segi penggunaan material berkualiti tinggi dan standard yang sukar ditandingi merupakan perkara penting bagi kami," kata Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann.

 

"Kami memulakan gerak kerja untuk projek ini pada tahun lepas, dan berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan meja pool yang pertama.  Kami mencurahkan jiwa kami kepada produksi yang pertama ini, dan yakin bahawa setiap seorang daripada 30 pelanggan akan seronok dengan meja pool ini sebagaimana yang kami rasakan semasa menghasilkannya," ujar Pengurus Besar IXO®, Pedro Sanchez.

 

Pengguna yang berminat boleh membina meja pool Bugatti sendiri dengan memilih warna untuk material karbon dan kulit yang digunakan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026