Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perlumbaan Toyota Gazoo Pertandingkan Empat Kategori

Suhana Veru

Kongsi melalui

Musim keempat Festival Perlumbaan  Toyota Gazoo dan Cabaran Vios  berakhir dengan penuh keterujaan dari mula hinggalah acara penamat dengan menobatkan empat kelas kejuaraan perlumbaan itu.

Acara yang diadakan itu di Litar Antarabangsa Sepang membabitkan empat kategori berbeza – kategori Super Sporting melibatkan pelumba-pelumba profesional tempatan dan kategori Sporting membabitkan pelumba-pelumba kelas amatur.


Sementara itu, kategori Rookie terdiri dari pelumba muda lahir manakala kategori Promotional pula menampilkan barisan-barisan selebriti tanah air.

Untuk rekod, raja drift Malaysia, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel bertanding dalam kategori Super Sporting, dengan memenangi kejohanan secara keseluruhannya buat kali ketiga.

Bagaimanapun, Clement Yeo dari pasukan Model Distinctive berjaya merampas gelaran itu secara keseluruhannya menerusi kategori Sporting dimana kategori ini melibatkan pemandu amatur.

Selepas empat musim perlumbaan, pelakon tempatan, Shukri Yahaya akhirnya merampas kejuaraan pertama secara keseluruhan dalam kategori Promotional.

Pelumba muda simulator, Naquib Azlan dinobatkan juara dalam kategori Rookie.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut hadir dalam perlumbaan akhir itu.

Beliau sempat menemui pelumba-pelumba muda yang bertanding dalam kategori Rookie termasuk beberapa selebriti yang turut bertanding dalam kategori Promotional ketika menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.


Ahmad Faizal menyifatkan apa yang dilakukan UMW Toyota Motor dalam menganjurkan acara perlumbaan ini telah membuktikan bagaimana sektor korporat boleh terlibat dan menyumbang secara keseluruhan.

“Syarikat korporat seperti ini dapat merancakkan dan menyuntik keterujaan yang lebih besar dalam sukan permotoran,” ujarnya.

KATEGORI SPORTING 


Ada sedikit sketsa drama berlaku ketika perlumbaan pertama dimana Ady Rahimy terbabas keluar dari litar berkenaan namun berjaya mengakhiri perlumbaan itu pada 12.3 saat di hadapan Bradley Benedict Anthony dan Dannies Ng, yang kemudian dikenakan satu penalti.

"Sebenarnya berlumba pada waktu agak seronok kerana ia lebih sejuk dan saya berasa lebih selesa dan mudah bersabar,” kata Ng.

Bagaimanapun, Bradley berjaya memenangi acara pertama perlumbaan malam itu manakala Ady menduduki tempat kedua dan Ng tempat ketiga.


Perlumbaan malam kedua bermula agak dramatik memandangkan enam kereta terlibat dalam pusingan pertama gara-gara trek basah.

Dari kedudukan grid kelima, Clement Yeo yang memulakan acara berlumba itu dengan bersaing rapat dengan pemandu Pasukan Panglima City Racing Kenneth Koh sehingga membiarkannya melepasi kemenangan itu.

Bagi mereka yang menyertai pertarungan sengit pada kedudukan ketiga, keempat dan kelima menyaksikan Ady terbabas keluar dari litar buat pertama kali diikuti dengan Pasukan Fokus Tetap, Lim Chun Beng dan Datuk Ken Foo, A. Shanmuganathan, Eric Yong dan  Amirul Haikal.

Insiden ini menyebabkan Safety Car terpaksa keluar untuk memimpin perlumbaan buat sementara.


Begitupun, selepas perlumbaan disambung semula, Bradley Benedict Anthony dan Ady, yang bertukar tempat untuk tempat ketiga dilihat berjaya menarik perhatian semua penonton yang hadir ke acara itu.

Perlumbaan itu membuatkan Yeo mendapat rentak sekata tetapi Bradley dilihat merampas semula perhatian penonton apabila dia mengambil alih tempat kedua Koh.

Dengan masa yang telah terbuang ketika Safety Car keluar, perlumbaan tidak lagi dijalankan sebanyak 20 lap, sebaliknya bergantung kepada masa maksima. 

Bayangkan, dalam 10 minit terakhir perlumbaan, Yeo berjaya mendapatkan posisinya di hadapan, sementara Bradley membuat kejutan dengan memotong Kenneth Koh untuk berada di tempat kedua.

Posisi berkenaan dilihat kekal sehingga kereta Clement Yeo melepasi garisan penamat menyebabkan dia merangkul kemenangan itu dalam kategori Sports dengan membawa pulangan hadiah berupa wang tunai RM50,000.

KATEGORI PROMOTIONAL


Apa yang menarik ketika perlumbaan pertama dalam kategori ini ialah apabila Zizan Razak memintas Shukri Yahaya untuk menang.

Bagaimanapun, Zizan dikenakan penalti oleh pihak pentadbir gara-gara melebihi had trek menyebabkan dia menduduki tempat kedua manakala Takeyama menduduki tempat ketiga teratas.

“Saya melakukan yang terbaik untuk menewaskan Zizan tetapi saya mula menyedari dia semakin mara ke hapadan.Ia merupakan satu persaingan sengit di saat-saat terakhir namun malangnya dikenakan penalty. Itulah adat berlumba,” kata Shukri.

Untuk perlumbaan pertama, Shukri dinobatkan juara, diikuti dengan Zizan dan kemudian Akio Takeyama.


Pendek kata, wujud persaingan sengit antara Shukri dan Zizan yang berhasrat untuk merebut  hadiah keseluruhan.

Pada malam kedua perlumbaan, Zizan mengetuai perlumbaan itu manakala Shukri dilihat menghampiri Khai Bahar.


Kedudukan lap kelima dilihat kekal sehingga Zizan tersasar keluar menyebabkan Shukri merampas tempat pertama, manakala Khai Bahar berada di tempat kedua.

Perlumbaan ini ditamatkan dengan Shukri berada hanya 0.3 saat di hadapan Khai.

KATEGORI SUPER SPORTING 


Bagi kategori ini, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dilihat sebagai pelumba paling berjaya apabila menjadi juara keseluruhan sebanyak tiga kali dalam perlumbaan ini.

Menerusi perlumbaan professional perlumbaan kedua, Mitchell Cheah memenangi 20 pusingan, diikuti dengan Djan Ley dan Ang ditempat ketiga.


Malangnya, Cheah yang dikenakan penalti selepas tamat perlumbaan sekali gus membuatkan Djan dijulang sebagai pemenang tempat pertama dalam kategori Super Sport.

“Saya akui terdapat tekanan hebat menjelang perlawanan akhir malam itu tetapi saya memberitahu diri saya bahawa saya perlu berlumba dengan bijak,” kata Tengku Djan yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM70 ,000.

KATEGORI ROOKIE 


Putera Adam  berusia 14 tahun pula berjaya memenangi perlumbaan 20 pusingan pada perlumbaan pertama apabila dia berjaya menamatkan perlumbaan itu dengan hanya berada 1.3 saat di hadapan Jwan Hii dan diikuti dengan Naquib Azlan 

Apa yang mengejutkan apabila memasuki perlumbaan kedua. Naquib Azlan dilihat berjaya merampas gelaran juara itu daripada Adam ketika bertanding sebagai pelumba simulator.


Secara keseluruhannya, perlumbaan dua hari malam itu merupakan satu acara luar biasa.


Apapun, pasukan Caricarz! sememangnya teruja dengan acara perlumbaan yang diadakan itu pada minggu lalu.

Kami begitu teruja apabila dapat melihat dan menemui pelumba dari pelbagai latar belakang yang menggunakan Toyota Vios ketika bertanding.

Ia adalah satu acara yang sungguh hebat.

Tahniah UMW Toyota Motor!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026