Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermaz Auto Alliance Lancarkan PEUGEOT 3008 & PEUGEOT 5008 Versi 2021 Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bermaz Auto Alliance Sdn. Bhd. pengedar tunggal jenama Peugeot di Malaysia telah melancarkan model terbaharu, Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 tahun 2021.  Kedua-dua model ini dipasang dalam negara (CKD) di kilang Stellantis yang berlokasi di Gurun, Kedah.



Hanya satu varian ditawarkan bagi kedua-dua model  iaitu varian Allure.  Peugeot 3008 1.6L Allure 2021 ditawarkan pada harga RM161,616.66, manakala Peugeot 5008 1.6L Allure pula pada harga RM 177,311.90, termasuk pengecualian cukai SST.  


Warna yang ditawarkan untuk kedua-dua model ialah Amazonite Grey, Pearl White dan Nera Black. Dalam masa yang sama, Peugeot 3008 turut ditawarkan dalam warna Cuprite Brown dan Peugeot 5008 pula warna Emerald Crystal. 


Pembelian Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 100,000 km, yang mana datang dahulu. Selain itu, turut terdapat servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000 km, yang mana datang dahulu.


Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) 1.6L yang boleh memberikan kuasa 165 hp dan juga tork 240 Nm.  Enjin berpengecas turbo ini dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang mana kuasanya disalurkan kepada roda depan.


Sudut hadapan Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 telah melalui evolusi rekaan kerana ia tampil lebih unik daripada biasa. Ini dapat dilihat daripada penggunaan gril tanpa bingkai dan juga rekaan bampar yang baharu.  



Lampu depannya juga telah diberikan rekaan terkini, bentuk lampu tampil lebih agresif dan dilengkapi dengan teknologi LED beserta lampu membelok. Sementara itu, lampu belakang 3D model ini pula telah dinaiktaraf dengan teknologi LED sepenuhnya. Ciri menarik lain di bahagian luar kereta ialah pengguna rim Los Angeles 18 inci pada model 3008, rim aloi Detroit 18 inci pada model 5008, but dengan bukaan automatik,  bumbung suria panoramik, sistem kemasukan tanpa kunci dan sensor parkir.


Bergerak ke bahagian dalam, perbezaan ketara bagi kedua-dua model ini ialah dari segi kapasiti tempat duduknya.  Peugeot 3008 memiliki lima tempat duduk, manakala Peugeot 5008 pula terdapat tujuh tempat duduk.  



Kedua-dua model ini dilengkapi teknologi digital Peugeot iaitu i-Cockpit, stereng yang berbentuk unik dengan pelbagai butang kawalan serta paparan berwarna skrin sentuh HD bersaiz 10 inci.


Ciri menarik lain yang terdapat dalam kabin kereta ini ialah suis kawalan yang berbentuk seperti piano.  Selain itu, turut terdapat pada dua model ini ialah kemudahan pengecasan tanpa wayar di konsol tengah.


Mengenai aspek keselamatannya pula, Peugeot 3008 dan 5008 didatangkan dengan pelbagai ciri penting yang canggih. Antara sistem yang terdapat pada dua model ini ialah Visiopark 1, bantuan kekal lorong, amaran perhatian pemandu, pengesanan had kelajuan, pemantauan titik buta, kawalan cengkaman canggih dan bantuan kawalan turun bukit (HADC).  




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026