Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition yang ditawarkan pada harga bermula daripada £$75,300 (RM 420,715.28).




Metropolitan Edition yang dibina berasaskan varian R-Dynamic HSE ini tampil dengan gril Bright Atlas bersama-sama logo Discovery serta bampar berwarna Hakuba Silver. Edisi terbaharu ini menggunakan rim bersaiz 22 inci dengan kemasan berbentuk belian dalam warna Gloss Grey.





Kabin dihadirkan standard dengan paparan head-up, ruang simpanan berpendingin dan kawalan iklim empat zon.  Tempat duduk barisan ketiga hadir dengan sistem pelarasan automatik dan juga fungsi pemanasan.





Hanya satu pilihan enjin ditawarkan untuk edisi ini iaitu enjin 3.0L 6 sebaris  berpengecas turbo dengan teknologi hibrid-ringan (mild-hybrid) 48V.  Sistem ini membolehkan kereta mencapai kuasa output mencecah 355 hp (265kW) dan tork 500 Nm menggunakan sistem transmisi 8 kelajuan. Mampu tunda beban dengan berat sehingga 3,719 kilogram.





Barisan kereta Discovery 2023 yang lain turut menerima beberapa penambahbaikan baharu sebagai ciri standard seperti pengecas tanpa wayar, pemanas tempat duduk depan, kawalan jelajah adaptif, stereo Meridian, kawalan iklim tiga zon.  Varian R-Dynamic pula hadir dengan bumbung berwarna hitam berkilat.





Dari segi prestasi, Discovery 2023 kini lebih mahal dengan harga yang bermula daripada $56,600 (RM 316,234.86). Sebelum ini, versi terendah bagi tahun 2022 ditawarkan pada harga $53,900 (RM 301,149.45).





Dari segi rekaan, tiada sebarang perubahan dibuat kepada versi terbaharu.  Namun untuk bahagian enjin, enjin asas yang digunakan ialah enjin 2.0L empat silinder berpengecas turbo yang memberi output kuasa mencapai 296 hp. 

 

Land Rover turut melengkapkan sistem infotainmen Pivi Pronya dengan skrin bersaiz 11.4 inci dan juga tambahan kluster intrumen digital 12.3 inci.  Teknologi yang digunakan kali ini menyokong kemas kini tanpa wayar.





Gallery

Tag:

Jaguar Land Rover
Land Rover Metropolitan Edition
Land Rover Discovery
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

05-08-2025
Global
Global

21-05-2024
Kereta Baru

20-02-2024
EV

08-08-2023
Global

06-06-2023
Global

28-04-2023
Berita Auto

29-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026