Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ribuan Kereta Teperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ribuan kereta dilaporkan terperangkap, manakala keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh gara-gara hujan berterusan yang menyebabkan banjir kilat di beberapa laluan utama semalam.

Hujan lebat berterusan sejak 5 petang semalam menyebabkan laluan di kedua-dua arah (Sungai Besi-Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UPM-Sungai Besi dilimpahi air.

Keadaan itu menyebabkan semua lorong arah selatan dan lorong kanan arah utara terhalang menyebabkan aliran trafik sesak teruk.


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan kejadian itu di laman Twitter. 

Selain kawasan Sungai Besi, pengguna jalan raya di sekitar Jalan Klang Lama, Jalan Genting Klang, Jalan Istana, Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching turut terkandas dalam banjir kilat itu.

Kejadian banjir kilat juga dilaporkan berlaku di hadapan Astro menghala Bulatan Lumba Kuda.


Keadaan lalu lintas bertambah teruk kerana keadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Bukit Jalil dari Bulatan Lumba Kuda menghala ke Technology Park Malaysia (TPM).

Oleh itu, pengguna laluan itu mengambil masa berjam-jam untuk melalui kawasan berkenaan memandangkan  hanya lorong kanan dibuka.


Mujur, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.


Tag:

dbkl
kl
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jalan Tutup, Makin Sesak, Harap Orang Sungai Besi Tabah

Jalan Tutup, Makin Sesak, Harap Orang Sungai Besi Tabah

Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup bermula 5 Ogos ini.

01-08-2023
Berita Auto
“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL

“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL

Sudahlah ruang parkir terlalu terhad untuk penduduk yang ramai, malah disaman lagi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

07-11-2022
Berita Auto
Isu Trafik Sesak Di KL: DBKL Bakal Perbanyak Laluan Kontra

Isu Trafik Sesak Di KL: DBKL Bakal Perbanyak Laluan Kontra

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan untuk mewujudkan laluan kontra di KL.

27-07-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026