Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian: AWAS Keluarkan Saman Sebanyak RM3.47 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui


Siapa kata Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah tidak beroperasi? Anda jangan salah faham! Ini kerana kamera itu sebenarnya beroperasi cuma pelaksanaan sistem itu dihentikan buat sementara waktu.

Mana tidaknya, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dikenali sebagai AES dilaporkan telah mengeluarkan saman trafik bernilai RM3.47 juta pada tahun ini sahaja.

Kebanyakan saman trafik itu membabitkan pemandu yang melanggar had laju di lebuh raya termasuk yang melanggar lampu isyarat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sistem itu masih beroperasi dan dikuatkuasakan berdasarkan prosedur operasi standard.

Kesemua garis panduan sistem keselamatan itu ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, lapor akhbar Utusan Malaysia.


Menurut Wee, operasi AWAS cuma ditangguhkan sekitar tahun 2020.

Menerusi AWAS, sebanyak RM10,967,370 denda dan kompaun dikutip bermula dari tahun  2018 hingga 26 Oktober lalu.

Untuk makluman anda, sebanyak  335,989 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala,  14,427 saman pula membabitkan kesalahan lampu isyarat.

‘Sebanyak RM3,880,200 hasil kutipan kompaun diperoleh pada tahun 2018, diikuti RM3,608,970 (2019) dan RM3,478,200 (2021),” katanya.


Tambahnya, hasil kutipan yang diterima bagi kesalahan had laju ialah berjumlah RM10,035,420, manakala sebanyak RM931,950 pula melibatkan kesalahan lampu isyarat.

“Hampir 85 peratus atau 286,566 saman masih belum dibayar. Setakat ini, hanya 46,097 saman melibatkan had laju dan 3,326 saman lampu isyarat sahaja yang dibayar mengikut tarikh notis dikeluarkan,” katanya.

 Menurut laporan tempatan, terdapat 29 kamera AWAS yang beroperasi di beberapa lebih raya utama di negara ini, manakala 16 lagi di beberapa persimpangan lampu isyarat terpilih.


 






Tag:

AWAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Melihat 'Jantung' PROTON: 35 Anak Muda GIATMARA Teruja Teroka Fasiliti AHTV

Memperkasa TVET: PROTON Buka Pintu Fasiliti Tanjung Malim Buat Pelatih GIATMARA.

22-04-2026
Berita Auto

Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Ada desas-desus mengatakan bahawa Proton Saga Cross bakal tiba.

22-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026