Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Suspek Bertindak Merampas Beg Tangan Wanita Yang Terlanggar Keretanya

Suhana Veru

Kongsi melalui

Lagak samseng seorang lelaki yang bertindak merampas beg tangan dari sebuah kenderaan yang melanggar keretanya membawa padah apabila lelaki berkenaan direman sehari gara-gara perbuatan kasarnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan suspek berusia 56 tahun direman sehari untuk siasatan lanjut.


“Lelaki itu ditahan sehari kerana faktor usianya selain suspek perlu menjaga isterinya yang strok,” katanya.

Pada Sabtu lalu, kejadian itu tular di Facebook yang menunjukkan wanita yang memandu kereta BMW terlanggar belakang kereta suspek jenis Proton Gen 2.


Perlanggaran itu menyebabkan suspek terlanggar sebuah lagi kereta jenis Honda HRV  yang berada di hadapannya.

Insiden itu berlaku di kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang selepas suspek yang berusia 56 tahun meminta pemandu wanita menyerahkan kad pengenalannya.


Selepas didesak beberapa kali, suspek kemudian bertindak merampas beg tangan pemandu wanita terbabit dan terus memasuki keretanya sambil mengarahkan wanita berkenaan mengikutnya membuat laporan polisberhubung kejadian.

Susulan itu, suspek ditahan sehari bagi membantu siasatan. Kes kini disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026