Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Forte 2022 - Lebih Sporty Dan Lebih Ciri Keselamatan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Forte 2022 kini tampil dengan identiti rekaan baharu dan juga teknologi terkini.




Versi terbaharu ini dipasangkan dengan logo Kia yang terkini, bampar depan dan belakang dalam rekaan yang lebih menarik, lampu depan yang lebih moden, lampu kabus LED yang digabungkan dengan gril kemasukan udara (pada varian GT dan GT-Line), reka bentuk rim baharu, lampu belakang LED yang sporty dan spoiler baharu.  Gabungan kesemua elemen ini menjadikan Forte lebih agresif, sporty dan nampak lebih bertenaga.





Menjengah ke bahagian dalamnya, dapat dilihat bahawa Forte 2022 telah menerima penambahbaikan daripada model sebelumnya.  Kesemua varian terkini mendapat kluster LCD TFT berwarna yang lebih besar bersaiz 4.2 inci. Sistem infotainmen yang digunakan pula ialah paparan skrin sentuh bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Skrin bersaiz 10.25 inci dengan fungsi navigasi dan MapCare percuma didatangkan sebagai ciri standard untuk varian GT dan GT-Line. 


Untuk keluaran kali ini juga, pembeli boleh mendapatkan kerusi dengan balutan kulit sintetik SynTex di samping pengecas USB di tempat duduk belakang.  Seperti keluaran yang sebelum ini, Forte masih mengekalkan ruang kabin yang luas dengan lima tempat duduk yang selesa.




Forte kini dihadirkan dengan dua pilihan enjin: 2.0-litre MPI I-4 (FE, LXS, GT-Line) dengan output 147 hp/179 Nm tork dan enjin 1.6-litre GDI I-4 (GT) berpengecas turbo dengan kuasa output 201 hp/264 Nm tork.




Forte 2022 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lebih baik melalui teknologi Drive Wise ADAS.  Dalam pakej keselematan terbaharu ini terdapat 15 ciri keselamatan dan ini termasuklah bantuan mengikut lorong, kawalan jelajah pintar berdasarkan navigasi, bantuan pemanduan di atas lebuh raya dan amaran selamat keluar.

Gallery

Tag:

Kia Forte
Kia Forte 2022
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026