Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Desupan Corvette Z06, Mampu Hambur 670 Kuasa Kuda

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menerusi kepelbagaian peningkatan mekanikal, aerodinamik serta gaya, Chevrolet mendedahkan jentera baharunya yang berprestasi tinggi dan lebih berfokus di litar iaitu Corvette Z06.

Versi terbaharu ini telah membuat kemunculan teaser dua tahun lalu, tetapi Chevrolet  memperkenalkan kereta sport berenjin pertengahan ini secara rasminya baru-baru ini.

Ia yang menggunakan enjin V8 aspirasi semulajadi 5.5 liter dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan dan limited slip differential kawalan elektronik.

Malah, ia juga dilengkapi dengan blok aluminium, injap titanium, piston aluminium, connecting rod titanium, sistem minyak dry sump, flat-plane crankshaft, throttle body 87 mm berkembar dan manifold ekzos 4-2-1.

Khabarnya, ia mampu melakukan penghantaran kuasa di roda belakang sekali gus menyebabkan ia dapat menghamburkan 670 hp pada 8,400 rpm dan tork 623 Nm pada 6,300 rpm.

Menyentuh mengenai daya pecutannya, jentera ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 2.7 saat atau 2.6 saat dengan menggunakan pakej prestasi  Z07 yang dijual sebagai pilihan tambahan.

Bagi model C8 dengan Z51 Performance Package pula, ia  mampu  memecut dalam masa 2.9 saat.

Menurut Chevrolet, unit trenkuasa itu diambil daripada kereta lumba Corvette C8.R. Ia merupakan enjin paling berkuasa pernah dipasang dalam mana-mana pengeluaran kereta setakat ini. Fuhh, lain macam dakwaan Chevrolet!

Untuk rekod, ia juga dikatakan lebih lebar 9,4 sentimeter berbanding Stingray.  Ini bermakna, tayarnya yang  bersaiz 345/25 di belakang sekali gus membenarkan lebih banyak udara keluar melalui saluran di tepi. 

Z06 juga menerima rim paling besar pernah yang digunakan oleh pengeluaran Corvette dengan saiz 20 inci di hadapan (tayar 275/30) dan 21 inci di belakang.

Pun begitu, langkah ini dilihat memudahkan untuk pihak syarikat memasang sistem brek Brembo yang lebih besar,.

Ia terdiri daripada cakera 370 mm dengan angkup enam piston di hadapan, manakala cakera 380 mm dengan angkup empat piston di belakang.

Pada masa yang sama, pasukan juruteranya dikatakan telah membuat keputusan untuk menukar penalaan peredam stereng dan magnetorheologinya (Magnetic Ride Control 4.0).

Lebih menarik, ia juga dilengkapi dengan elemen aerodinamik termasuk pembahagi hadapan dan spoiler belakang yang unik, di mana yang kedua-dua menampilkan wickerbill yang mampu menghasilkan  menghasilkan daya tolakan 165.6kilogram pada kelajuan 299 kilometer sejam.

Ia juga menyediakan rim gentian karbon yang lebih lebih ringan  selain ditawarkan bersama dengan beberapa lagi panel termasuk di bawah badan.

Bukan itu sahaja, pakej Prestasi Z07 pilihan juga didatangkan secara standard dengan pakej aerodinamik gentian karbon yang sesuai dengan peningkatan prestasi.

Misalnya, suspensi FE7 didatangkan bersama kalibrasi Magnetic Ride Control 4.0, tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R serta cakera brek seramik karbon (398 mm di hadapan dan 390 mm di belakang).

Menerusi pakej lengkap ini, Z06 mampu menghasilkan daya tolakan ke bawah 333 kg pada kelajuan 299.3 km/j dan memberikan daya tarikan 1.22 g pada kawasan ujian berbentuk bulat (skidpad). 

Bagaimanapun, pilihan lain untuk meningkatkan estetika keseluruhan termasuk dua pakej kemasan dalaman gentian karbon, pakej dalaman kulit, stereng gentian karbon dan terdapat tali pinggang di enam tempat duduk.

Ia juga menawarkan 12 pilihan warna di bahagian luaran, tujuh warna kemasan dalaman dan enam warna brek kaliper selain tujuh rekaan rim.

Apapun, Z06 ini ditawarkan dalam bentuk badan coupe dan convertible dan apa yang lebih menarik ia akan dibina untuk pemanduan sebelah kiri dan juga kanan.

 


Gallery

Tag:

Chevrolet
Corvette
Z06
Chevrolet Corvette
Corvette Z06
Chevrolet Corvette Z06
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hati-Hati Tukar Pemandu Di Jalan Raya

Maut dirempuh ketika tukar pemandu.

26-01-2024
Berita Auto

Pengeluaran Chevrolet Camaro Dihentikan

Pengeluaran Chevrolet Camaro oleh General Motors (GM) di Lansing Grand River Assembly Plant, Detroit, Michigan terpaksa dihentikan seketika.

15-03-2021
Berita Auto

Tunku Jefri, Tunku Abu Bakar Sedia Pandu Corvette Z06 Musim 2025

Kerjasama ini menyaksikan Tunku Jefri dan Tunku Abu Bakar bakal memandu Corvette Z06 GT3.R sepanjang musim perlumbaan 2025.

03-03-2025
Berita Auto

Tunku Jefri, Tunku Abu Bakar Sedia Pandu Corvette Z06 Musim 2025

Kerjasama ini menyaksikan Tunku Jefri dan Tunku Abu Bakar bakal memandu Corvette Z06 GT3.R sepanjang musim perlumbaan 2025.

03-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025