Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Subaru XV & XV GT Baharu Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM139,788

Sofea Najmi

Kongsi melalui



TC Subaru Sdn Bhd, secara rasminya telah melancarkan Subaru XV 2.0i-P EyeSight 2022  dan XV GT untuk tahun 2022 di Malaysia dengan harga yang bermula daripada RM139,788.




Dua versi dipertontonkan iaitu Subaru XV 2.0i-P EyeSight dan juga Subaru XV GT Edition. 




Model ini dikuasakan oleh enjin boxer, 4 silinder, 16 injap DOHC, suntikan terus bahan api petrol yang memberikan kuasa output 154 hp pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm yang mana kuasa disalurkan pada kesemua roda melalui transmisi Lineartronic CVT dengan mod manual 7 kelajuan. 


Ciri baharu yang terdapat pada kedua-dua varian ini dari segi keselamatan ialah teknologi bantuan pemandu canggih EyeSight yang merangkumi brek pra pelanggaran & pengurusan pendikit, amaran keluar lorong & amaran ayun lorong serta kawalan jelajah adaptif & peringatan kereta hadapan bergerak. 




Ciri keselamatan standard lain yang terdapat pada kedua-dua XV dan XV GT ialah ABS 4 sensor/4 saluran dengan agihan brek elektronik, tork vektor aktif, bantuan brek, override brek, pelumpuh enjin, ISOFIX, sistem pedal keselamatan, SRS (depan, lutut, sisi dan tingkap), side door reinforcement beams, sistem kawalan dinamik kenderaan (VDC), kamera belakang, akses kod PIN dan brek parkir elektronik. 


XV GT pula dihadirkan dengan sistem Superview Around Recognition Three-Sixty iaitu empat buah kamera yang diletakkan secara strategik di sekeliling kereta bagi memudahkan pemandu ketika parkir. 




Dari segi prestasi dan juga keselesaan pemanduan, Subaru XV 2022 kini hadir dengan beberapa teknologi baharu seperti ‘Dual-Function X-Mode’ yang dapat memberikan pemandu lebih keyakinan ketika mengendalikan kereta semasa pemanduan off-road. 


Seterusnya ialah SI-DRIVE (Subaru Intelligent Drive) yang akan melaraskan respon enjin berdasarkan gaya pemanduan. Hasilnya? Prestasi dan ketangkasan kereta sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dalam apa sahaja situasi. 


Kereta turut dilengkapi dengan ciri ‘Auto Vehicle Hold’ yang dapat memudahkan pemandu semasa kesesakan trafik atau di kawasan berbukit. Sistem ini membolehkan kereta kekal berhenti selepas brek dipijak dan dilepaskan. 


Ciri baharu lain ialah cermin sisi yang akan menghalakan pandangan ke bawah secara automatik semasa mengundur. Ini dapat memudahkan pemandu ketika memasuki kotak parkir. 





Dari segi luarannya, kedua-dua varian hadir dengan rim bersaiz 17 inci, antena sirip jerung, spoiler dan rel bumbung, lampu kabus depan dan belakang, lampu depan LED dengan pelarasan automatik, DRL LED, cermin sisi dengan lampu pusingan LED, serta pembersih lampu depan (headlamp washer). 




Varian yang lebih rugged, XV GT tampil dengan bodykit bergaya iaitu spoiler bawah atau lip extension untuk bampar depan dan belakang, side skirt dan juga rim 17 inci versi khas Subaru GT Edition. 





Untuk bahagian kabin, kedua–dua varian hadir dengan ciri pelarasan automatik kepada 8 arah serta fungsi memori pada bahagian pemandu, sistem infotainmen Android Auto dan Apple CarPlay, pendingin hawa automatik dua zon, stereng pelbagai fungsi dengan kawalan jelajah dan signal pusingan satu sentuhan. Kereta turut hadir dengan butang penghidup enjin dan sistem akses tanpa kunci. 




Sementara itu, edisi lebih sporty, GT tampil dengan tempat duduk balutan kulit dengan jahitan berwarna kontras. 


Kedua-dua XV terbaharu ini ditawarkan dalam enam warna iaitu Crystal Black Silica, Magnetite Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Pure White dan Cool Grey Khaki.


Harga bagi Subaru XV 2.0i-P EyeSight 2022 ialah RM139,788  dan XV GT pula ialah RM146,788. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans dan dengan pengecualian SST.


Pembelian Subaru terbaharu ini turut didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 100,000 km, yang mana tiba dahulu.


Ketika sesi eksklusif bersama media ini berlangsung, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Tan Chong International Ltd., Glenn Tan turut mengulas mengenai isu kekurangan cip semikonduktor yang membelenggu industri automotif global. Beliau memaklumkan bekalan cip bagi pemasangan tempatan (CKD) buat masa ini masih mampu ditangani.


“Dua tahun ini cukup mencabar bagi kami kerana pandemik dan kekurangan semikonduktor yang memberi kesan kepada banyak jenama termasuklah industri elektronik pengguna. Kekurangan cip turut memberi kesan kepada kita di sini, namun kita sangat beruntung kerana mampu mengutamakan bekalan untuk CKD. Jadi untuk XV terbaharu ini, tidak terlalu terkesan,”  katanya.


Namun tambah beliau, bekalan cip untuk model-model import sepenuhnya (CBU) masih berhadapan dengan isu ini. Salah satu model yang terpaksa ditangguhkan pelancarannya akibat kekurangan cip ialah Subaru Outback.


“Outback sepatutnya dilancarkan tahun ini. Kerana kekurangan cip, kami terpaksa menangguhkannya kepada tahun depan,” katanya.


Beliau juga mendedahkan bahawa model-model seperti ​​BRZ, Outback, WRX dan WRX Wagon mungkin akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022 nanti. 


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Subaru XV terbaharu, boleh layari www.subaru.asia/my. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Subaru yang berdekatan.


Gallery

Tag:

Subaru
Subaru XV
Subaru XV GT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

02-01-2026
Global

08-12-2025
Global

17-11-2025
Global

31-10-2025
Kereta Baru

22-09-2025
EV

18-07-2025
Global

18-04-2025
EV

17-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026