Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jentera Ini Akan Mula Dijual Pada Tahun Hadapan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Usaha sama antara Renault Group dan syarikat Plug Power, HYVIA mendedahkan satu versi prototaip van Renault Master yang akan mula dijual pada tahun hadapan.

Ia yang mempunyai sel bahan api 30kW dan bateri kWj menawarkan ruang but 12,000 liter selain mampu melakukan perjalanan sejauh 499 kilometer.


Dari segi pengisian minyak, van Renault Master cuma mengambil masa tidak lebih daripada lima minit menjadikan ia sama seperti kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Van itu mengandungi empat tangki dimana setiap tangki memuatkan enam kilogram hidrogen.

Lebih menarik, Hyvia juga telah melancarkan stesen pengisian semula prototaip itu dimana ia boleh dibeli, dipajak atau disewa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Holderbach mengesahkan kenderaan itu dibangunkan untuk para pelanggan yang berhadapan dengan cabaran mobiliti hidrogen ketika ini.

Prototaip itu ditawarkan kepada dua varian: Chassis Cab dan Citybus. Varian Chassis Cab menawarkan ruang kargo sebanyak 9,000 liter dan mampu melakukan perjalanan sejauh 249 kilometer.


Varian Citybus pula mampu bergerak sejauh 249 dan mampu memuatkan lebih 15 penumpang.


Van prototaip itu dibina di kilang Renault yang terletak di Batilly, Perancis. Kuasa rangkaian hidrogen itu dibangunkan oleh anak syarikat Renault Group, PVI.

Kilang Cleon yang terletak di Normandy dikatakan menghasilkan komponen motor manakala pemasangan kenderaan yang menggunakan bahan bakar akan dilakukan di kilangnya di Flins menjelang akhir tahun ini.


Stesen pengisian hidrogen direka bentuk untuk mempamerkan HYVIA yang digelar sebagai "ekosistem hidrogen lengkap" untuk pengeluaran dan pengedaran, dengan bahan api sama ada dijana di tapak menggunakan elektrolisis air atau dibekalkan melalui treler.


Gallery

Tag:

: renault
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perubahan Beri Ilham kepada Renault Group

Renault Group mendapat inspirasi menerusi satu keluaran modelnya bagi memenuhi permintaan pelanggannya.

30-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026