Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diubah Suai Menjadi Kereta Sebenar, Traxxas memperkenalkan kereta lumbanya

Suhana Veru

Kongsi melalui

Traxxas memperkenalkan replika kereta lumba RC Toyota GR Supra GT4 yang sememangnya dikenali sebagai paling laju, paling lasak dan antara kenderaan yang menakjubkan di muka bumi ini. 

Hadir dengan kerangka badan yang lebih melengkung dan komponen aerodinamik, versi berskala 1/10 ini adalah edisi terkini buat syarikat Traxxas yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat.

Bagi memberi gambaran jelas, RC Toyota GR Supra GT4 menggunakan casis Tec 3.0 dimana ia lebih panjang dan lebar yang bertujuan untuk menampung jarak roda. 

Menurut Traxxas, ukuran yang panjang dan lebar itu dilihat dapat membaiki kestabilan dan mengukuhkan lagi pengendalian pemanduan jentera berkenaan.

Difahamkan, casis tersebut menggunakan penyerap hentak yang dipenuhi minyak dan mempunyai penggantungan dwi-pautan yang boleh ditala sepenuhnya untuk disesuaikan dengan permukaan yang berbeza.

Ia juga mempunyai akses casis yang lebih pantas dan mudah memandangkan sistem cagak pada badan disepadukan ke kerangka badan tanpa mengganggu garisan reka bentuknya.

Selain itu, kesemua peralatan yang terdapat pada jentera ini juga dikatakan kalis air. Ini bermakna jika berlaku cuaca buruk, ia tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah.

Lebih menarik, tayarnya merupakan replika kereta lumba yang sebenar.

Ia didatangkan dengan dua warna iaitu merah dan putih selain hadir dengan rekaan berwarna hitam serta dihiasi dengan pelekat hitam, putih. 

Untuk makluman anda, jentera ini dibekalkan dengan enjin BMW, 3.0 liter enam silinder dimana ia mampu menghamburkan 430hp dan tork 651Nm.


Ia yang menggunakan sistem AWD memiliki kelajuan maksimum sekitar 48 kilometer sejam.

Secara teknikal, ia bukan RC terpantas dalam himpunan Traxxas. Tetapi Traxxas XO-1 dikatakan antara jentera  terpantas di dunia kerana mampu memecut dari  0 hingga 160 kilometer sejam hanya dalam 5 saat manakala kelajuan tertinggi pula melebihi160 km/j.

Ia cuma dijual AS$349.99 (RM 1,479.23). 


Gallery

Tag:

Toyota
Toyota GR Supra
Supra
GR Supra
Supra RC
Supra GT4 RC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

11-09-2025
Berita Auto

07-08-2025
Global

01-08-2025
Pandu Uji

27-06-2025
Global

21-05-2025
EV

13-05-2025
Pandu Uji

14-03-2025
Global

14-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025
Berita Auto

2 Pelancong China Dikenakan RM836 Dari KLIA 2 Ke KL, Akhirnya Sudah Dicekup JPJ

Pelancong dari China ditipu oleh ulat KLIA apabila mereka pada mulanya dikenakan RM60 namun kadar bayaran itu melonjak lebih 14 kali ganda apabila mereka diarahkan membayar RM836 .

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: Boleh Guna Touch ‘n Go, Setel

Selain MyKad, kerajaan memberi kelonggaran kepada penerima manfaat sistem subsidi bersasar petrol Budi Madani RON95 (Budi95) untuk menggunakan aplikasi Touch ‘n Go dan Setel untuk membuat transaksi pembayaran tanpa perlu mempamerkan MyKad.

22-09-2025
Berita Auto

Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup

Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh.

22-09-2025
Berita Auto

Rakyat Malaysia Layak Isi RON 95 Sehingga 300 Liter Sebulan

Rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi inisiatif BUDI95 namun bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had itu.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: Harga Minyak Turun Sehingga RM1.99 Seliter Bermula 30 Sept Ini, Yang Penting Kena Ada LESEN MEMANDU!

Lebih 16 juta rakyat Malaysia akan terima manfaat daripada penurunan harga petrol RON95 dengan semua warganegara dengan lesen memandu sah layak untuk menikmati subsidi itu.

22-09-2025
Berita Auto

2.3 Juta Rakyat Tidak Perbaharui Lesen Memandu Lebih 3 Tahun

JPJ mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif.

21-09-2025