Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

Seperti mana model GR Sport lain, Raize GR Sport baharu ini menerima beberapa elemen gaya tambahan yang memberikan sentuhan lebih sporty kepada SUV subkompak yang cukup popular ini.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian hadapan, Raize kini dilengkapi bampar hadapan baharu dengan bibir hadapan yang lebih menonjol serta pelindung bawah (skid plate) yang kelihatan lebih lasak.

Sementara itu, reka bentuk muka hadapan masih kekal sama seperti sebelum ini, termasuk lampu hadapan LED yang tajam, lampu kabus berbentuk bulat, serta gril hadapan trapezoid.

image.pngimage.png

Dari sisi, Raize GR Sport kini menggunakan rim aloi 17 inci yang lebih sporty dengan kemasan hitam. Ia turut ditawarkan dengan beberapa aksesori pilihan seperti penutup cermin sisi berpenampilan karbon, visor tingkap, penutup pemegang pintu berjenama GR, serta pelapik sisi badan.

Di bahagian belakang pula, Raize GR Sport menerima bampar belakang yang lebih sporty dengan aksen seakan peresap (diffuser), selain lencana GR Sport pada pintu but.

image.pngimage.png

Ia ditawarkan dalam 12 pilihan dimanalima daripadanya hadir dalam kemasan dua tona bersama bumbung hitam.

Bagaimanapun, sentuhan GR Sport diteruskan ke bahagian kabinnya, dimana  Raize kini menampilkan upholsteri hitam dengan jahitan kontras yang dipadankan dengan siling dalaman berwarna hitam.

Walaupun stereng merupakan satu-satunya komponen GR Sport standard, pembeli boleh memilih beberapa aksesori tambahan seperti penukar gear berjenama GR dan plat ambang pintu logam GR Sport, antara lain.

image.png

Antara kelengkapan lain yang ditawarkan termasuk skrin infotainmen tengah bersaiz 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, kluster meter TFT 7 inci, pedal penukar gear (paddle shifters) di belakang stereng, serta pelbagai ciri lain.

Berbeza dengan kebanyakan model GR Sport lain, Toyota tidak memberikan sebarang peningkatan mekanikal atau prestasi kepada Raize GR Sport, kerana SUV subkompak ini masih menggunakan enjin petrol 1.0 liter tiga silinder turbo yang sama, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  97 hp dan tork 140 Nm. Kuasa dihantar sepenuhnya ke roda hadapan (FWD) melalui kotak gear D-CVT yang sama seperti sebelum ini.

Toyota Raize GR Sport baharu ini dijual pada harga antara 292.1 juta Rupiah hingga 317.1 juta Rupiah (RM69,940 hingga RM75,926), bergantung kepada pilihan warna dan spesifikasi.

image.png

Di Malaysia pula, pakej paling hampir menyerupai kit GR Sport untuk Perodua Ativa ialah aksesori rasmi Gear Up daripada P2, yang turut menawarkan kit badan lebih lasak serta beberapa kemasan dalaman, namun tanpa nilai prestij sukan yang dibawa oleh jenama GR.


Gallery

Tag:

Toyota Raize
Toyota
Toyota Raize GR Sport Indonesia
Toyota Raize GR Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

22-01-2026
Global

22-05-2023
Global

13-01-2023
Global

11-11-2022
Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026