Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MPV 11 Penumpang, Kia Carnival 2022 Kini Boleh Ditempah!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Beberapa jam yang lalu, pengedar kereta Kia, Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. telah melancarkan secara rasmi jentera MPV edisi terbaharu, Kia Carnival 2022 di Setia City Convention Centre. 



Pada pendapat CariCarz, saiz MPV ini cukup besar dengan reka bentuk badan yang sofistikated terutama sekali untuk versi yang tampil dengan warna Astra Blue seperti yang didedahkan ketika pelancaran hari ini.

 

Kia Carnival turut ditawarkan dalam beberapa warna lain seperti Snow White Pearl, Silky Silver, Aurora Black Pearl, Panthera Metal dan Flare Red. Keluaran Kia yang terbaharu ini dikuasakan oleh enjin Diesel turbo 2.2L, digabungkan dengan transmisi automatik 8 kelajuan yang dikawal oleh penukar gear elektrik.



Buat masa ini, hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu 2.2D yang mana harganya akan diumumkan tidak lama lagi. Sebagai sebuah MPV besar, ia dapat memberikan keselesaan kepada sehingga 11 orang penumpang.


Hadir dengan rekaan yang menarik serta beraura futuristik, Kia Carnival sesuai digunakan oleh keluarga-keluarga muda yang inginkan keluasan yang lebih.  Ruang dalaman MPV ini cukup selesa, ini kerana tempat duduk depannya boleh dilaraskan kepada 8 arah. Penampilan ruang dalaman ini juga tampil moden dengan balutan upholsteri Saddle Brown Faux. 



Logo Kia yang terbaharu dapat dilihat pada model ini, seperti yang terdapat pada bonet kereta, bonet belakang, penutup tengah roda dan juga pada stereng.  Ciri menonjol lain yang ada pada Kia Carnival ialah kemasan metalik pada rim aloi dua tona jejari Y kereta yang bersaiz 18 inci.


Secara keseluruhannya, MPV ini hadir dengn reka bentuk menarik dan keluasan yang selesa untuk kegunaan keluarga. Sudah boleh mula ditempah, pembelian hadir bersama-sama dengan jaminan pengilang dan penyelenggaraan selama 5 tahun percuma untuk jangka masa lima tahun dan had perjalanan 100,000.

Gallery

Tag:

Kia Carnival
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan

Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.

08-06-2026
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026, petang tadi.

15-01-2026
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Berita Auto

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Global

Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!

Kia Carnival generasi keempat versi facelift sudah pun dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.

07-10-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Berita Auto

Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat

Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.

15-08-2025
Berita Auto

Kempen “Fuel-on-Us”: Beli Kia Carnival, Dapat Subsidi RM1.05/Liter Selama 5 Tahun!

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia, melancarkan kempen “Fuel-on-Us” untuk model Kia Carnival.

15-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026