Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kia Sales Malaysia (KSM), telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026 versi pemasangan tempatan (CKD), petang tadi. 

Ia ditawarkan dalam dua varian  iaitu versi 2.2D 11 tempat duduk (RM188,888) dan 2.2D 7 tempat duduk. ditawarkan pada harga permulaan RM248,888.

Apa yang menarik setiap pembelian turut disertakan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 150,000 km, bergantung kepada yang mana tiba dahulu.

image.png

Kia Carnival Baharu boleh didapati dalam empat warna luar: Meteor Grey (Kelabu Meteor), Snowflake White Pearl (Putih Mutiara Salji), Astra Blue (Biru Astra), dan Jet Black (Hitam Pekat).

Kedua-dua varian dipacu oleh enjin turbodiesel empat silinder Smartstream 2.2- liter, yang mana ia mampu menghasilkan 202 PS pada 3,800 rpm dan tork 440 Nm antara 1,750 hingga 2,750 rpm.

Enjinnya digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan pacuan roda depan. Rangkaian kuasa pula menghasilkan prestasi dan kecekapan seimbang, dengan penggunaan bahan api tergabung 6.5 liter bagi setiap 100 km (NEDC).

image.png

Berpandukan falsafah “Opposites United” (Menyatukan Perbezaan) Kia, identiti visual lebih menyerlah dipaparkan oleh Kia Carnival Baharu. Reka bentuk bahagian depan diperbaharui menampilkan gril depan lebar dilengkapi oleh bampar yang diukir jitu, untuk garis bentuk lebih aerodinamik.

image.pngimage.png

Disediakan dengan susunan tempat duduk 2-2-3 bagi pilihan 7 tempat duduk dan konfigurasi 2-3-3-3 bagi varian 11-tempat duduk, ruang dalamnya memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup. Varian Carnival dengan 7 tempat duduk dipasang Kerusi Relaxion Premium dengan fungsi luncur sisi di baris kedua, untuk menambah keselesaan penumpang. Model ini dilengkapi kerusi baris ketiga yang boleh dilipat rata, untuk menyediakan ruang kargo tambahan.

Sementara itu, varian Carnival 11 tempat duduk pula memaparkan kerusi tengah boleh dilipat pada baris kedua dan ketiga untuk memudahkan penumpang belakang keluar masuk.

Menjengah bahagian kabinnya, terdapat cahaya sekitar papan pemuka  manakala  panel maklumat dan kawalan iklim sebaris membawakan penampilan yang menarik dan tidak berselerak. 

Satu ciri menyerlah dalam ruang pemandu ialah skrin panorama melengkung, dengan dua unit paparan yang terdiri daripada skrin instrumen digital 12.3-inci dan juga skrin infohiburan 12.3-inci, yang disatukan dalam panel yang tampak mewah.

image.png

Mengenai ciri keselamatan, Kia Carnival Baharu dilengkapi dengan lapan beg udara, termasuk beg udara sisi tengah yang mencegah perlanggaran sampingan antara penumpang tempat duduk depan sekiranya berlaku hentakan.

Semua varian menyediakan ciri-ciri keselamatan dan bantuan pemandu piawai yang komprehensif, memperlihatkan komitmen Kia kepada perlindungan penumpang dan keyakinan pemanduan harian. Ciri-ciri ini termasuk:

• Bantuan Mengelak Perlanggaran Depan 2.0 (FCA 2.0)

• Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA)

• Bantuan Pemanduan Lebuh Raya 2 (HDA 2)

• Bantuan Mengekalkan Lorong (LKA)

• Bantuan Mengikut Lorong (LFA)

• Amaran Perhatian Pemandu (DAW)

• Bantuan Lampu Tinggi (HBA)

• Bantuan Mengelak Perlanggaran Titik Buta (BCA)

• Bantuan Mengelak Perlanggaran Lalu Lintas Silang (RCTA)

• Amaran Penumpang Belakang (ROA)

image.png

Pelanggan yang berminat boleh meninjau model ini di laman web rasmi Kia Malaysia di www.kia.com/my atau mengunjungi bilik pameran sah terdekat untuk menjadualkan sesi pandu uji. Kia Carnival Baharu kini sebahagian daripada pilihan model yang boleh ditempah, termasuk Kia Sportage dan Kia EV9.

Untuk sebarang pertanyaan jualan dan khidmat servis, atau bantuan tepi jalan 24- jam, hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan KSM di 1300 88 0133 atau e-mel [email protected].


Gallery

Tag:

Kia Sales
Kia Carnival CKD
Kia Carnival
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Kia Carnival, Sorento:  Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Inginkan kereta tiga barisan tempat duduk dengan penggayaan dan teknologi canggih? Maka Kia Carnival dan Sorento generasi terkini sudah boleh dipertimbangkan.

07-06-2024
Pandu Uji
Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna

Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna

Mesti ramai tak percaya MPV ini boleh memecut laju.

27-05-2024
Kereta Baru
Kia Carnival CKD, Harga Cukup Rahmah

Kia Carnival CKD, Harga Cukup Rahmah

Ini dia Kia Carnival versi CKD.

01-11-2023
Berita Auto
MPV Ini Ada 11 Tempat Duduk, Sesuai Untuk Keluarga Besar

MPV Ini Ada 11 Tempat Duduk, Sesuai Untuk Keluarga Besar

Panas, Kia Carnival CKD dikatakan bakal dilancar tidak lama lagi.

03-10-2023
Kereta Baru
Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian

Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian

Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., memperkenalkan Kia Carnival 2022 CKD (pemasangan tempatan) ke pasaran Malaysia.

28-07-2022
Kereta Baru
Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Berita Auto
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Global
Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!

Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!

Kia Carnival generasi keempat versi facelift sudah pun dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.

07-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Kereta Baru
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026