Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Beri Jaminan Jentera Itu Antara Paling Selamat

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta, Hyundai melancarkan model terbaharu Tucson 2021  ke pasaran Amerika Syarikat  (AS) baru-baru ini.

Namun tahukah anda bahawa ia didatangkan dengan ciri keselamatan yang agak hebat menyebabkan ia menjadi salah satu kenderaan utiliti sukan (SUV) paling selamat untuk mereka yang sudah berkeluarga!

Fuh, lain macam jaminan Hyundai kali ini.


Untuk makluman anda, jentera ini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang canggih seperti sistem anti-kecurian,kunci keselamatan kanak-kanak, pengukuh sisi kerangka, amaran perlanggaran lalu lintas di belakang dan bantuan elak perlanggaran dengan pengesanan pejalan kaki.

Selain itu, ia juga hadir dengan amaran perhatian pemandu, zon remuk hadapan, bantuan kekal lorong, bantuan elak perlanggaran hadapan, pemantau sekeliling, pengurusan stabiliti kenderaan, sistem LATCH  dan amaran titik buta.

Malah, Tucson keluaran tahun 2021 ini didatangkan dengan tujuh beg udara dimana ia sudah pastinya melindungi para penumpangnya.



Lebih menarik, jentera ini  menawarkan ruang kabin yang agak luas untuk bahagian penumpang dan but belakang.

Ia yang didatangkan dengan ruang kargo selebar  878 liter dikatakan mampu memuatkan lima orang. 

Jika penumpangnya mahu memperbesarkan ruang kargo itu, mereka sebenarnya boleh merebahkan tempat kerusi di barisan kedua menyebabkan ruangnya semakin lebar sehingga 1,753 liter.

Malangnya, SUV ini masih belum masuk ke pasaran Malaysia.


Mudah-mudahan, ia masuk ke pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat ini memandangkan ia bukan sahaja memberi jaminan keselamatan sebaliknya menawarkan pengalaman pemanduan yang terbaik!

Tahniah Hyundai!




Gallery

Tag:

Hyundai Tucson
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Hyundai Tucson Facelift 2025 Masuk Pasaran, Harga Marhaen

Hyundai Motor Malaysia turut melancarkan secara rasminya Hyundai Tucson Facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.

02-07-2025
Kereta Baru

Tiga Model Facelift Hyundai Dilancar: Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson, Hyundai Staria

Selepas mendedahkan kepada media pada minggu lalu, Hyundai Motor Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya ketiga-tiga model versi facelift, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson dan Hyundai Staria, di ibu negara sebentar tadi.

02-07-2025
Kereta Baru

Didedah: Hyundai Tucson 2025 Ditunjuk Kepada Media, Ada 4 Varian, Harga Kekal Misteri

Pihak Hyundai mendedahkan Hyundai Tucson 2025 kepada media.

24-06-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max

Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.

04-08-2024
Kereta Baru

Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K

Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.

10-11-2023
Kereta Baru

Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah

HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.

06-11-2023
Kereta Baru

04-11-2023
Global

Tucson Ditayangkan Dalam Filem Uncharted

Kelibat Hyundai Tucson dilihat dalam salah satu filem blockbuster Sony Pictures, Uncharted baru-baru ini.

05-04-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.

15-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026